Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Aras 7, Blok D7, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62519, Putrajaya
No Tel : 03-88864000 samb 4026 / 4027 / 4147
No. Fax : 03-8889 2041
 
 
 
LATAR BELAKANG
 
Bahagian Dakwah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Dahulunya Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri. Indah ditubuhkan pada bulan Rabiul awwal, 1394 bersamaan pada bulan April, 1974. Penubuhannya adalah bagi memenuhi hasrat dan cita-cita umat Islam di negara ini yang ingin melihat wujudnya sebuah Institut Dakwah yang bertanggungjawab melaksanakan kegiatan dakwah di peringkat pusat.
 
INDAH ditubuhkan hasil dari keputusan persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 6 pada 16 Disember 1971 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang ke 2. Cadangan bagi penubuhan Institut Dakwah ini telah disuarakan oleh beliau ketika merasmikan Kursus Latihan Pegawai-pegawai Agama dan Mubaligh di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Petaling Jaya.
 
Penubuhan Institut Dakwah bermula dengan perlantikan Pengarah pada April 1974 dan tiga orang penolongnya pada bulan Jun 1974. Pada asas penubuhannya adalah untuk menghayati konsep dakwah Islamiah yang menjadikan Islam sebagai Ad-din dan mendokong cita-cita dakwah bagi mencapai rahmat Allah di dunia dan keredhaannya di akhirat.
 
Selaras dengan keperluan semasa, organisasi INDAH telah berkembang dengan proses pembesaran dari segi penambahan pegawai, aktiviti dan penubuhan Unit INDAH di Sabah dan Sarawak pada tahun 1977. Mulai 1 Mei, 1984 ditubuhkan Unit PEngurusan dan Penyelarasan Dakwah selaras dengan pembesaran organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
 
Menghadapi cabaran Wawasan 2020, INDAH kini telah memasuki fasa ke -2 dalam pelaksanaan program dengan menumpukan kepada aspek penghayatan dan pelaksanaan Islam oleh agensi kerajaan, swasta dan masyarakat di samping meneruskan program pengenalan dan kefahaman Islam.
 
Pada pertengahan tahun 1994, urusan penerbitan program agama radio dan televisyen yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Penerangan Malaysia telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Hal Ehwal Islam dan dikendalikan menerusi Bahagian Dakwah.
 
Selaras dengan pembesaran fungsi BAHEIS kepada JAKIM yang bermula pada 1 Januari 1997, maka INDAH turut bertukar daripada cawangan kepada Bahagian Dakwah, manakala Unit Kursus dan Latihan yang dahulunya di bawah Cawangan Dakwah telah diperbesarkan fungsinya menjadi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Bahagian Latihan.
 
Pada masa kini Bahagian Dakwah mengandungi 3 Cawangan iaitu :
  • Cawangan Pengembangan
  • Cawangan Dakwah Khas
  • Cawangan Inovasi dan Ketamadunan 
  • Pusat Pemantapan Akidah (PPA) di Jelebu, Negeri Sembilan

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11165990