Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:19 Asar : 16:34 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:36

Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
No. Tel : 03-8886 4000 | No. Fax : 03-8889 2032
 
 
 
LATAR BELAKANG
 
Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 2008 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-214 telah bersetuju supaya fungsi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia diperkukuhkan dari aspek pengstrukturannya. Sehubungan itu Mesyuarat Pasca-Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 September 2008 telah bersetuju supaya urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dinaik taraf dan diasingkan menjadi satu bahagian baru di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Pada 2 Januari 2009, JAKIM telah menubuhkan secara pentadbiran Bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad. Pada 15 Jun 2009 JAKIM telah memperolehi waran perjawatan Cadangan Penjenamaan Semula JAKIM Fasa 1 berkuatkuasa 1 Jun 2009 dengan rasminya wujudnya bahagian baru tersebut dengan nama Bahagian Pengurusan Fatwa.
 
Bahagian Pengurusan Fatwa ditubuhkan bagi memperkukuhkan peranannya sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI yang telah ditubuhkan pada awal tahun 1970 di bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa Fatwa MKI merupakan badan pengeluar dan penyelaras fatwa di peringkat kebangsaan.
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11528216