Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:39

SEKTOR PENGURUSAN
 
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
No Tel : 03-8870 7000
No. Faks : 03-8870 7202
 
 
LATAR BELAKANG
 
Pada peringkat permulaan, bahagian ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat Islam (SISMI) yang diletakkan di bawah Cawangan Penyelidikan Islam. Selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai menggantikan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam (BAHEIS). Bahagian ini juga tidak terkecuali yang bertukar namanya kepada Bahagian Informasi Islam.
 
Untuk membolehkan ia bergerak dengan lancar dan efektif, Jakim membahagikan operasinya kepada beberapa bahagian yang masing-masing beroperasi dengan berteraskan kepada objektif serta fungsi yang nyata. Bahagian-bahagian tersebut termasuklah Bahagian Informasi Islam. Setelah berpindah ke Putrajaya, Bahagian Informasi Islam sekali lagi ditukarkan kepada nama yang lebih tepat iaitu Bahagian Perkhidmatan ICT (BPICT).
 
Walau bagaimanapun, Jakim mengalami proses perkembangan lagi bersesuaian dengan peranan dan fungsi Jakim yang semakin bertambah. Melalui penstrukturan baru Jakim, BPICT telah berubah nama buat ke sekian kalinya kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
 
Bahagian Pengurusan Maklumat telah dipertanggungjawabkan membangunkan aplikasi dan prasarana ICT yang bersesuaian selaras dengan gagasan YAB Perdana Menteri “1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, memenuhi keperluan pengguna serta merentas sempadan masa dan bangsa. Perkhidmatan yang disediakan dalam termasuklah menyediakan pelbagai aplikasi, produk perkhidmatan, penyelenggaraan, penyediaan prasarana ICT dan rangkaian komputer.
 
Di bawah Bahagian Pengurusan Maklumat ini, telah diwujudkan dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Maklumat dan Seksyen Teknikal. Sehingga kini bahagian ini telah membangunkan pelbagai aplikasi samada yang dibangunkan dengan kerjasama tenaga pakar pihak luar seperti MAMPU atau pun yang dibangunkan sendiri oleh bahagian ini yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan stake holders atau masyarakat awam.  
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10255332