Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Aras 6, Blok D7, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya
No Tel: 03-88864000/4036
No Faks: 03-8889 1993
 
LATAR BELAKANG
 
Bahagian Penyelidikan telah ditubuhkan pada bulan Mac 1971 dengan nama Pusat Penyelidikan Islam (PPI). Ia ditempatkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Idea penubuhannya berdasarkan keputusan Persidangan Islam se Malaysia yang diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman pada 4-7 Mac 1969.
 
Sejak tertubuhnya PPI, pelbagai kajian telah dilakukan merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Pada awal penubuhannya, aktiviti PPI beroperasi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pada masa tersebut, PPI hanya mempunyai seorang pegawai bantuan daripada Universiti al-Azhar, iaitu Dr. Rauf Shalaby. Beliau ditugaskan untuk merancang dan menyusun kerja-kerja penyelidikan PPI. Sebaik sahaja tempoh perkhidmatannya tamat pada tahun 1974, PPI telah diterajui oleh Tuan Haji Mahsin bin Haji Mansor dan dibantu oleh beberapa orang pegawai.
 
PPI terus berkembang dari setahun ke setahun, dan kemudian berpindah ke Blok K26, Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Dari segi struktur organisasi, PPI merupakan salah satu cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya menjadi satu bahagian di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada tahun 1984.
 
Pada tahun 1985, PPI telah ditempatkan di Kompleks Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan selaras dengan pembesaran tersebut, PPI telah dinaik taraf di JAKIM dan dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan. Menyedari tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan (r&d) di dalam sesebuah organisasi, fungsi penyelidikan semakin diperluaskan. Melalui waran perjawatan  pada Jun 2009 bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12077058