Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

PROGRAM PEDULI MASYARAKAT
BERSAMAMU NELAYAN 2016
        Masyarakat nelayan merupakan masyarakat yang hidup di persisiran pantai. Mereka membina rumah-rumah berdekatan dengan pantai, untuk menjadi tempat mereka berteduh dalam menempuh umur sebuah kehidupan. Dugaan ribut, angin, ombak yang kuat, menjadi asam garam kehidupan mereka sebagai nelayan.
        Dalam usaha membantu meringankan beban mereka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) dan Yayasan TAQWA telah mengambil inisiatif mengadakan satu program Peduli Masyarakat (Bersama mu Nelayan) di Kampung Pantai Pulau Kundur, Bachok, Kelantan Darul Naim pada 2 April 2016. Program iniadalah bertujuan bagi membantu mengurangkan beban kehidupan mereka antaranya  kesan dilanda ombak yang menyebabkan kerosakan di beberapa buah rumah. Malah mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke penempatan baru yang telah diurus dan disediakan oleh pihak yang berwajib.
      Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah seperti menziarahi dan menyantuni penduduk di penempatan mereka, menziarahi rumah-rumah mereka yang roboh  dek kerana ombak yang terus istiqamah menghempap air di pantai, gotong-royong mengecat surau oleh para penduduk, ceramah santai bersama penduduk kampung dan seumpamanya. Secara tidak langsung ia dapat membantu mereka mengurangkan kesedihan dan menenangkan mereka dalam situasi bencana yang diuji.
        Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jakim mewakili YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim. Majlis ini juga turut diserikan dengan sumbangan bantuan kepada penduduk yang terlibat yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan TAQWA.
       Kemuncak kepada program ini adalah aktiviti kenduri sekampung yang melibatkan penyertaan dari penduduk-penduduk kampung. Acara memasak makanan tradisi seperti laksa dan laksam secara bergotong-royong dari kalangan penduduk kampung memberi satu kesan positif kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan dengan adanya program sebegini, ianya dapat memberi input yang positif dan motivasi kepada semua terutama penduduk kampung yang dilanda musibah. Secara keseluruhannya, program ini amatlah berjaya dan mendapat impak yang positif dalam usaha untuk saling  bantu -membantu di antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu ’’ Berat sama dijunjung, Ringan sama dijinjing’’.
 
Sumber Oleh : Us. Imran bin Abd. Rahman (Bhg. Dakwah Jakim)
Suntingan      : Rizal PRO
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 1
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 2
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 3
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 4
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 5
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 6
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 7
 
Peduli Masyarakat Bersamamu Nelayan 2016 8
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12068776