Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:01 Syuruk : 7:15 Zohor : 13:22 Asar : 16:26 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:34

KARNIVAL ~i~FELDA 2016
FELDA PALONG 6, GEMAS, NEGERI SEMBILAN
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Yayasan TAQWA, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Bank Muamalat Berhad serta  beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain secara bersama telah menjayakan Karnival ~i~ FELDA 2016 yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 21 hingga 24 April 2016 bertempat di Felda Palong 6, Negeri Sembilan. Karnival ~i~ ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Datuk Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA. Turut hadir  adalah, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan YBhg. Dato’ Pengarah Bahagian Dakwah, Jakim, YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed.

Karnival~i~  ini dianjurkan adalah untuk melebarkan jaringan tarbiah dan dakwah kepada masyarakat FELDA  khususnya golongan belia dalam menyedarkan  mereka betapa pentingnya ilmu pengetahuan khususnya dalam pendidikan agama yang menjadi penentu kejayaan dunia dan akhirat. Karnival yang  berkonsepkan 3 dalam 1 ini adalah bukan sekadar karnival yang mempunyai gerai-gerai jualan dan persembahan artis-artis tetapi ianya diselitkan dengan pelbagai acara antaranya seperti program anak angkat, slot forum perdana ehwal Islam, slot bicara khas buat keluarga, slot bicara khas buat belia, slot tahsin Al-Quran, tahsin Ibadah, qiamulail perdana, khutbah Jumaat, pertandingan memasak dan gubahan, pertandingan mewarna seni kaligrafi Islam, pertandingan futsal antara belia, majlis khatam al-quran, slot motivasi kejayaan oleh All Bikers Club Malaysia (ABCM), Anugerah Keluarga Sakinah FELDA 2016, slot motivasi oleh pegawai Penjara dan lain-lain lagi.
 
Dalam merealisasikan objektif program,  pelbagai program telah disusun untuk kesesuaian di semua lapisan masyarakat. Malah seramai 80 anak angkat dari Darul Quran dan Kolej Komuniti telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Setiap keluarga angkat disyaratkan untuk menghabiskan bacaan Al-Quran sebanyak 1 juzu’ bagi setiap keluarga. Sesuai dengan penjenamaan ~i~ yang diklasifikasikan dengan seorang Islam, memerlukan kepada Iman, membuat amal dengan penuh ihsan kepada Allah, mengikut zaman yang memerlukan inovasi dalam kehidupan. Berpandukan ~i~ inilah maka segala slot yang disusun untuk membina generasi yang lebih Islamik.
 
Karnival~i~ ini dimulai dengan forum perdana ehwal Islam yang ditaja khas oleh Yayasan TAQWA, YaPEIM dan Bank Muamalat. Tajuk yang telah dibincangkan pada forum tersebut, adalah ’’Membina Mashalah Ummah’’ dan akan disiar melalui siaran RTM1. Antara panel dan moderator jemputan adalah YBhg. Dr. Izhar Arif bin Kashim, Pensyarah Kanan Fiqh Semasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),YBhg. Dr. Mohd. Farid Ravi bin Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Penyelidikan,Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) manakala moderatornya adalah YBhg. Ustaz Mohd. Hariri bin Haji Mohamad Daud, Penolong Pengarah Jakim.
 
Pada malam seterusnya, karnival ini dimeriahkan dengan slot Mini Warung Halal tajaan IM4U. Slot ini adalah khas buat para belia. Antara panel belia pada slot tersebut, mereka adalah YBhg Ustaz Halim Hafiz (Ikon Belia Selangor), Puan Hanisah Shahabudin (Ikon Felda & Negeri Sembilan), manakala moderatornya adalah IM Fatah yang telah bersama mengupas perkara bertajuk ‘’ANAK MUDA HERO’’.
 
Selain itu, pada siang harinya disusun dengan slot Bicara Busana Belia Bersyariat yang menampilkan YBhg. Dr. Mohd Sukki bin Othman, Pensyarah Kanan, Universiti Putera Malaysia (UPM), dan moderatornya adalah YBhg. Ustazah Asma’ Binti Harun, dari Jabatan Hal ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Turut disusun juga, Bicara Segari Bahtera yang menampilkan pendakwah dari Mesir, iaitu  YBhg. Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim, manakala moderatornya adalah YBhg. Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil, dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).Kemuncak karnival ini adalah pada malam ketiga, iaitu Malam Muzikal Islam yang menampilkan, Hafiz Hamidun, Salaka Baskers, IM Aran, kumpulan Nasyid Darul Quran dan Qosidah Darul Quran.
 
Secara keseluruhannya program ini amatlah berjaya kerana semua slot yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai matlamat program. Mudahan semua slot yang disusun memberi kesan kepada para penonton dan pengunjung yang hadir pada karnival~i~ tersebut. Terima kasih kepada semua agensi dan urus setia yang terlibat dalam menjayakan karnival ~i~ pada kali ini. Teruskan usaha dakwah hingga ke denyutan nadi terakhir kerana inilah saham yang akal kekal abadi.
 
Editor         :   Ustaz Imran bin Abd. Rahman
                        Bahagian Dakwah
Foto            :   En. Azharizaidi bin Zainol
                        Bahagian Khidmat Pengurusan
Suntingan :   Syarizal bin Md Numar
                        Seksyen Komunikasi Korporat
 
 Karnival i FELDA 2016 1
 
Karnival i FELDA 2016 2
 
Karnival i FELDA 2016 3
 
Karnival i FELDA 2016 4
 
Karnival i FELDA 2016 5
 
Karnival i FELDA 2016 6
 
Karnival i FELDA 2016 7
 
Karnival i FELDA 2016 8
 
Karnival i FELDA 2016 9
 
Karnival i FELDA 2016 10
 
Karnival i FELDA 2016 11
 
Karnival i FELDA 2016 12
 
Karnival i FELDA 2016 13
 
Karnival i FELDA 2016 14
 
Karnival i FELDA 2016 15
 
Karnival i FELDA 2016 16
 
Karnival i FELDA 2016 17
 
Karnival i FELDA 2016 18
 
Karnival i FELDA 2016 19
 
Karnival i FELDA 2016 20
 
Karnival i FELDA 2016 21
 
Karnival i FELDA 2016 22
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10457628