Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:03 Zohor : 13:14 Asar : 16:30 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Hal Ehwal Agama Islam pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Institut Wasatiyyah Malaysia JPM, Yayasan Taqwa MAIWP dan JAIN/MAIN seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 pada 8 dan 9 Oktober 2016 / 7 dan 8 Muharram 1438H (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas Pulau Pinang.

Penganjurannya adalah bertujuan menyediakan forum kepada Saudara Muslim untuk bertukar pengalaman dan maklumat disamping memberikan pendedahan tentang isu-isu dan perkembangan semasa berkaitan mereka. Menjadi medium pemantapan formulasi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan Saudara Muslim, pengukuhan perkongsian pandangan, pengalaman dan maklumat antara sesama peserta dalam kalangan Saudara Muslim.Selain itu, dapat menjalin kerjasama dan jaringan maklumat antara pertubuhan-pertubuhan NGO Saudara Muslim dengan agensi-agensi kerajaan serta pengembangan potensi diri Saudara Muslim sebagai daie dalam kalangan mereka.

Seramai 700 orang peserta konvensyen yang terdiri daripada Saudara Muslim seluruh Malaysia, Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Saudara Muslim. Antara pengisian yang telah diatur dalam konvensyen ini adalah sesi Wacana Minda dan Bicara Agama berkaitan Saudara Muslim. Antara panel jemputan adalah YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Din, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Dato’ Dr. Danial bin Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), YBhg. Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah, Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jakim.

Kemuncak penganjuran program ini adalah Penganugerahan Tokoh Saudara Kita Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2016 (Lelaki & Wanita). Ianya merupakan pengiktirafan kepada Saudara Muslim yang begitu cekal dan teguh menyampaikan dakwah serta banyak menyumbang kepada pembangunan sahsiah golongan Saudara Muslim. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM 5,000.00 dan sijil penghargaan.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Turut hadir bersama adalah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Datin Seri Fatmawati binti Saidin, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Nor Azizah Binti Haron, YB Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Yang Berbahagia Datin Hajah Noorazlena binti Mat Kharsa, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kon. Saudara Islam 2

Kon. Saudara Islam 3

Kon. Saudara Islam 4

Kon Saudara Islam 1

Foto : Azhar




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 April 2017.
Jumlah Pelawat :10742697