Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Dalam kemeriahan Sukan SEA 2017, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) turut tidak ketinggalan dalam penganjuran Pertandingan Ping Pong Berpasukan Tertutup (Surau-surau Putrajaya) pada 20 Ogos 2017 yang telah disertai oleh 128 orang peserta. Matlamat dan objektif adalah untuk menarik minat masyarakat datang ke masjid khususnya golongan muda, seterusnya menjalin silaturrahim antara masyarakat dan warga kerja Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Secara tidak langsung telah  merealisasikan idea masjid sebagai tempat masyarakat berkumpul bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah sebagai tempat rekreasi dan riadah. Dalam pertandingan berkenaan sebanyak 16 pasukan (surau) telah menyertai pertandingan tersebut. Berikut senarai pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut:-

Johan: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin   

Naib Johan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ketiga Bersama:     Surau Abd Rahman Auf, Presint 11

                                    Surau As-Syakirin, Presint 14

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut, bagi yang tidak berjaya insyaallah cuba lagi pada masa-masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. 

 
DSC 0828
 
 DSC0743
 
 DSC0756
 
 DSC0584
 
 DSC0603
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832096