Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:11 Isyak : 20:20

Program Perjumpaan Khas Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah Jakim Bersama Pegawai Kader di Negeri merupakan program yang diadakan bersempena Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri. Program ini diadakan selepas selesai sahaja majlis perasmian Multaqa Murabbi Ummah yang disempurnakan oleh Tuanku Sultan/Raja atau Menteri Besar/Ketua Menteri selaku tuan rumah program tersebut.

Bahagian Pembangunan Insan (BPI) dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Islam (BKI) dan Persatuan Perkhidmatan Pegawai Ugama (PKPU) telah berjaya mengadakan 12 siri program ini yang dimulakan di negeri Kedah pada 05 Mac 2017 dan berakhir di negeri Sarawak pada 24 Mei 2017. Program ini telah berjaya mengumpulkan pegawai-pegawai kader dari pelbagai Jabatan/Agensi di negeri seperti PDRM, Jabatan Penjara, AADK, Hospital, Unit Tapisan al-Quran KDN, IKBN, Jabatan RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Melalui program ini, ia memberi peluang kepada pegawai kader Jakim yang berada di negeri-negeri untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi Jakim berkaitan isu pengurusan dan kebajikan kader. Pengurusan tertinggi Jakim juga dapat menyampaikan hasrat dan dasar Jakim secara terus kepada semua pegawai kader negeri mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan Jakim agar mereka mempunyai maklumat yang jelas berkaitan sesuatu isu.

Semua pegawai kader yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Jakim terutamanya kepada Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah kerana sudi turun padang untuk bertemu dan berkongsi maklumat bersama pegawai kader di negeri. Banyak input-input yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah akan dapat digunakan oleh pegawai kader untuk meningkatkan lagi profesionalisme mereka sebagai penjawat awam di Jabatan/Agensi.

Justeru program seumpama ini amat wajar dilaksanakan lagi bagi mengeratkan hubungan antara Pegawai Kader Jakim dengan Pengurusan Tertinggi Jakim.
 
P 20170330 134117
 
P 20170330 142714
 
P 20170401 105050
 
P 20170408 142521
 
P 20170418 161413
 
P 20170422 141108
 
P 20170427 134602
 
P 20170524 210246
 
 
 
P 20170427 135949
 
P 20170427 145450
 
P 20170504 140122
 
P 20170504 144909
 
 
P 20170524 210246
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 September 2017.
Jumlah Pelawat :11856061