Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Pada 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438H, Jakim melalui Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Perjumpaan dan Seminar Motivasi kepada penerima Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bertempat di Auditorium As-Syafie Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Seminar ini telah dihadiri seramai 65 orang pelajar dari pelbagai Universiti Awam di Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi luar negara.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan pelajaran supaya pelajar menjadi pintar dan berdedikasi serta dapat memantau para penerima SPH Jakim yang masih ditaja serta menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan pengurusan SPH.

Antara pengisian program ini adalah Slot ceramah Motivasi yang bertajuk “Pintar dan Dedikasi Resepi Kecemerlangan” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Zawanah Binti Muhammad Pengarah Bahagian Pembangunan Insan.

pengerusi majlis sph

Pengerusi majlis memberi ucapan pembukaan majlis

taklimat us roska 1

Taklimat program yang disampaikan oleh Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek

cermah sph 3

ceramah sph 2

Ceramah oleh YBrs Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan KSK

cermah sph 3

peserta seminar

ucapan pengarah 1

Ucapan Amanat dan Majlis Penutup disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Zawanah binti Muhammad

Pengarah Bahagian Pembangunan Insan

ucapan pengarah 2

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832134