Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:11 Isyak : 20:20

Jakim di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi agama di peringkat Persekutuan sentiasa optimis dalam memacu transformasi pengurusan hal ehwal Islam ke arah pemerkasaan agensi Islam secara inovatif dan strategik.

Bagi mencapai matlamat peranan Jakim selaras dalam usaha menyahut seruan Kerajaan bagi merealisasikan kerjasama strategik NBOS, Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang di bawah pengendalian pengerusinya YBhg Dr. Ruzaimi bin Md. Yusoff telah menganjurkan program Imarah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Hospital Kajang pada 9 Jun 2017.

Bagi mencapai matlamat memartabatkan syiar Ramadhan, program ini turut menampilkan 2 orang penceramah bagi memenuhi slot pengisian rohani iaitu YBhg Ustaz Nabil bin Ahmad dan juga YBhg Ustaz Haji Meeftah bin Anuar yang diadakan di Surau Ibnu Sina, Hospital Kajang.

Selain itu, bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik, program ini diserikan lagi dengan acara penyampaian sumbangan berbentuk hamper di wad Pediatrik yang disampaikan oleh YBhg Dr. Mohd Fikri bin Abu Bakar selaku Pengarah Hospital Kajang dan juga YBhg Tuan Haji Salleh bin Saad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim.

Program ini diteruskan lagi dengan acara majlis berbuka puasa bersama YBhg Pengarah dan kakitangan Hospital Kajang.
 
 
imarah ramadan 3

Ucapan Oleh YBhg Dr. Mohd Fikri bin Abu Bakar

Pengarah Hospital Kajang.
 
imarah ramadan 02

Ucapan oleh YBhg Ustaz Haji Salleh bin Saad

KPP Bahagian Dakwah Jakim.
 
imarah ramadan 4

Ceramah bertajuk Ramadhan: Bulan Menjana Pahala yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Haji Meeftah bin Anuar

Penolong Pengarah ILIM, Jakim.
 
imarah ramadan 5
Sesi pengisian ilmu sebagai santapan rohani.
 
imarah ramadan 06
Sesi Ziarah Mahabbah di Wad Pediatrik.
 
imarah ramadan 07
 
 
imarah ramadan 8
Majlis berbuka puasa bersama kakitangan hospital.
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 September 2017.
Jumlah Pelawat :11856004