Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) serta beberapa agensi kerajaan yang lain telah berkolaborasi menganjurkan Pertandingan Dikir Dakwah Peringkat Kebangsaan Kelantan sempena Festival Kesenian Dakwah dan Halal Kelantan 2017M/1438H. Pertandingan ini diadakan pada 24 hingga 25 Ogos 2017 bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kompleks Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Penganjuran pertandingan ini adalah inisiatif strategik untuk mengasimilasikan keindahan Islam dengan keindahan seni warisan budaya masyarakat tempatan dan dalam masa yang sama juga diharapkan dapat melahirkan generasi pelapis serta da’i dikir dakwah di Malaysia. Melalui usaha murni ini dapat menyemarakkan medium penyampaian dakwah kepada semua lapisan masyarakat dengan lebih interaktif dan kreatif.

Pertandingan ini telah menarik penyertaan 15 kumpulan dikir barat dari seluruh Malaysia. Program perintis yang julung-julung kali diadakan ini di peringkat kebangsaan yang bertemakan Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 700 orang penonton dan 4000 penonton menerusi Live Facebook Bahagian Dakwah Jakim dari seluruh Dunia. Senarai pemenang Pertandingan Dikir Dakwah Peringkat Kebangsaan 2017 adalah seperti berikut:

•             Johan :Kumpulan Timbalan Setia (RM 8,000.00,Piala dan Sijil)

•             Naib Johan : Kumpulan Pendeta Alam (RM 7,000.00,Piala dan Sijil)

•             Ketiga : Kumpulan Legasi Cenderawasih (RM 6,000.00, Piala dan Sijil)

•             Anugerah Jogho Terbaik : Yie Penglipurlara- Kumpulan Legasi Cenderawasih

•             Anugerah Tukang Karut Terbaik : Joe Arjuna- Kumpulan Timbalan Setia

•             Anugerah Awok-Awok Terbaik : Kumpulan Timbalan Setia

•             Anugerah Muzik Terbaik : Kumpulan Pendeta Alam

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Dikir Dakwah Peringkat Kebangsaan 2017 kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir YBhg YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan kerajaan negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Kamaruddin bin Omar, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim dan Tuan Haji Zabidi bin Nassan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa. Pihak Jakim bersama dengan agensi-agensi berkaitan sentiasa mencipta dan memperkasa inisiatif-inisiatif strategik bagi memastikan program-program dakwah dapat dimasyarakatkan melalui multi-dimensi dan lebih interaktif, dinamik serta progresif.

dikir dakwah2017 3

dikir dakwah2017 7

dikir dakwah2017 1

dikir dakwah2017 2

dikir dakwah2017 6

dikir dakwah2017 5

dikir dakwah2017 4

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080172