Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

19 September, Selasa - Jakim melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan program  Dhuha Talk Bersama Saudara Muslim 2017 yang bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Palm Garden Golf Resort. Majlis ini adalah kali pertama ia dibuat khusus kepada penjawat awam serta mereka yang bekerjaya bagi memberi semangat serta bimbingan motivasi untuk meningkatkan kualiti kerja. Sehubungan dengan itu, sasaran 70 orang peserta dari Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencapai matlamat apabila kehadiran pada hari berkenaan melebihi daripada apa yang diharapkan.

Majlis Dhuha Talk bermula dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Zainal Abidin bin Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) ,Jakim dan disusuli dengan satu wacana eksekutif bersama barisan panelis yang terdiri daripada Yang Berbahagia Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pensyarah di Univesiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Presiden MACMA dan juga Yang Berbahagia Ustaz Muhamad Shah Shanmugam, Pendakwah dan Guru Fardhu Ain Jabatan Agama Islam Pulau Pinang manakala moderator oleh Ustaz Nabil bin Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim.

Tujuan dan objektif majlis ini ialah memberi kefahaman Islam yang lebih jelas serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama peserta. Jelas sekali apabila majlis berakhir, harapan dari kebanyakan peserta adalah ingin melihat program seumpama ini dapat diadakan secara berterusan untuk mereka dan sahabat yang baru mendekati Islam.

Dhuha 1

Dhuha 2

Dhuha 3

Dhuha 4

Dhuha 5

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080172