Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:19 Asar : 16:34 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:36

Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama 13 agensi kerajaan di peringkat Negeri Sabah dan Persekutuan telah berkolaborasi secara National Blue Ocean Strategy (NBOS) menjayakan Konvensyen Kepimpinan Masyarakat Sabah pada hari Selasa, 27 September 2016, bertempat di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau, Sabah.

Seramai 600 orang peserta terdiri daripada  para Penjawat Awam, Pemimpin Masyarakat, Guru Agama, Guru Takmir, Imam dan Mahasiswa IPT telah berjaya dihimpunkan dalam konvensyen berkenaan yang julung kalinya diadakan di Daerah Keningau Sabah.

Matlamat penganjuran konvensyen ini diadakan adalah untuk menyampaikan informasi yang tepat dan tuntas berkaitan isu jihad dan keperluannya pada masa kini, konsep wasatiyyah dan isu-isu keselamatan negara serta memantapkan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa Islam kini. Seramai 3 orang pembentang telah diundang untuk membahaskan 3 tajuk penting dan relevan kepada masyarakat pada masa kini iaitu :

1. Tajuk: Jihad dan Keperluannya Pada Masa Kini Dari Perspektif Fiqh Kontemporari oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arierff Salleh bin Rosman, Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai Johor dan Fello Fatwa Jakim

2. Tajuk: Wastiyyah Teras Keamanan Negara oleh Tuan Haji Mohamad Fadzil bin Omar Baki, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

3. Tajuk: Isu-Isu Keselamatan Negara oleh YDH DCP Dato’ Awaludin bin Jadid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Ektremis Sosial, Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman.

Konvensyen yang dianjurkan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk Haji Sairin bin Haji Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Kerajaan Negeri Sabah mewakili YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ke Majlis perasmian ialah YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah mewakili YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

13 Agensi yang bekerjasama menjayakan konvensyen pada kali ini terdiri daripada Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Daerah Keningau, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Majlis Daerah Keningau, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Yayasan Taqwa MAIWP, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Pejabat Kesihatan Daerah Keningau dan RTM Jabatan Penyiaran Negeri Sabah.

Penganjuran konvensyen yang mendapat sambutan hangat oleh masyarakat Negeri Sabah terutama penduduk Daerah Keningau ini akan diteruskan penganjuran ke seluruh Negeri Sabah pada masa-masa hadapan demi memantapkan medium dan mekanisme penyampaian dakwah dan mempersiapsiagakan masyarakat terhadap isu-isu keselamatan dan pemahaman isu-isu semasa Islam.

kkms2016 1

kkms2016 2

kkms2016 3

kkms2016 4

kkms2016 5

kkms2016 6

kkms2016 7

kkms2016 8

kkms2016 9

kkms2016 10

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11528223