Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:00 Syuruk : 7:14 Zohor : 13:22 Asar : 16:24 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:34

Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim)

Kali Ke-11 Tahun 1438H/2017M

“Bagi tahun 2017 pimpinan kerajaan telah menjadikan simbolik gerak kerja tahun ini sebagai ‘Year Of Delivery’. Justeru, kita telah merancang tujuh (7) bentuk projek/ program/ aktiviti yang akan dilaksanakan secara bersama di bawah SDK Jakim. Justeru, sokongan padu daripada semua anggota menjadi pendokong utama kejayaan untuk merealisasikan perancangan ini.”

YBhg. Tan Sri Haji Othman bin Mustapha, Aluan Pengerusi Mesyuarat SDK Jakim Kali Ke-11 Tahun 1438H/ 2017M

Kuala Lumpur, 10 Februari 2017 [Jumaat] – SDK Jakim telah menjayakan Mesyuarat SDK Jakim Kali Ke-11 Tahun 2017 yang merupakan siri pertama bagi tahun 2017 dan kali ke-11 sejak penubuhannya pada tahun 2013. Mesyuarat ini dilaksanakan di Permodalan Nasional Berhad, Tingkat 39, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sempena meraikan PNB sebagai hos mesyuarat pada kali ini. Merupakan tindakan berterusan hasil daripada Mesyuarat SDK Jakim Bil. 10/ 2016 yang telah diadakan pada 8 Disember 2016.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi SDK Jakim dan dihadiri oleh Wakil-wakil Tetap SDK Jakim yang mewakili 24 buah syarikat korporat Malaysia.

Fokus utama perbincangan adalah berkisar tentang perancangan program/ projek/ aktiviti anjuran SDK Jakim bagi tahun 2017. Hasil mesyuarat bersetuju menetapkan tujuh (7) program/ projek/ aktiviti dakwah yang akan dilaksanakan secara bersama di bawah SDK Jakim yang terdiri daripada Mesyuarat Tri-Tahunan, Bengkel Penyediaan Modul, Projek Mudik Ke Hulu, Konvensyen Imarah Masjid BIMB, CEO Corporate Talk, Program Qurban Bersama Korporat dan Karnival Ibnu ‘Auf.

YBhg. Pengerusi turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen tinggi dan berterusan yang telah diberikan bagi menjayakan semua perancangan aktiviti sepanjang penglibatan di bawah SDK Jakim sejak tahun 2013 sehingga 2016. YBhg. Tan Sri Pengerusi turut menyerahkan buku ‘Memorabilia SDK Jakim 2013 – 2017’ kepada semua ahli sebagai  tanda kenang-kenangan.

Pada akhir mesyuarat YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB dan YBhg. Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB hadir bersama meraikan semua ahli mesyuarat yang hadir.

mesy sdk1 2017 1

 

mesy sdk1 2017 3

mesy sdk1 2017 4

mesy sdk1 2017 5

mesy sdk1 2017 6

mesy sdk1 2017 7

mesy sdk1 2017 8

mesy sdk1 2017 9

mesy sdk1 2017 10

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10466054