Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:18 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

Pada 20 Februari 2017 bersamaan 23 Jamadilawwal 1438H bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa agensi lain telah mencipta sejarah apabila berjaya mengadakan townhall session menerusi  penganjuran Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam dengan bertemakan “TN50 Aspirasi Khaira Ummah” bagi membina masa depan bersama.

Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam telah berjaya menarik penyertaan seramai 1700 peserta pada kali ini yang terdiri daripada pemimpin Belia, Pemimpin Mahasiswa Universiti Awam,Pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Awam & Universiti Swasta, Pemimpin NGO-NGO Islam, Para Pendakwah Muda Selebriti, Ulama-Ulama muda seluruh negara, Para Ashabul Samahah Mufti-Mufti, Ketua-Ketua  Jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Majlis Dialog Perdana diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pengajian Tinggi dan Timbalan-Timbalan Menteri. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini merupakan manifestasi sokongan dan dokongan umat Islam di Malaysia terhadap inisiatif-inisiatif Transformasi Pembangunan Islam oleh Kerajaan Malaysia.

Pelbagai topik perbincangan semasa dan futuristik yang meraikan pandangan, idea,cadangan,hasrat dan aspirasi anak muda kepada kerajaan telah berjaya dirakam sebagai premier sources   bagi memeta dan mewarnai intisari blue print TN50 Perspektif Islam ke arah merangka master plan dan road map TN50 negara. Dialog Perdana kali ini dilangsungkan secara penuh hikmah dengan mukadimah bacaan doa dan disusuli dengan soal jawab oleh para peserta  bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri selaku moderator dialog.

Sesungguhnya, penganjuran Dialog Perdana kali ini telah berjaya mencapai hadaf dan objektifnya  dengan sambutan yang diluar jangkaan serta menghimpunkan segala input  dan hasrat generasi pewaris negara kepada Kerajaan agar komitmen dan inisiatif konsisten bagi mendaulatkan Islam dengan lahirnya pada masa hadapan sebuah negara Malaysia yang maju, progresif, ikonik, dinamik serta rakyatnya yang mampu meneraju, merintis dan mempelopori kepesatan sains dan teknologi dunia dan dalam masa yang sama keutuhan ruhaniiyah, keimanan, ketaqwaan sebati bersama sebagai ummatan wasatan menerusi konsep al-falah berteraskan manhaj wasatiyyah.

dialogTN50 0

dialogTN50 1

dialogTN50 4

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11567095