Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

“Program ini sangat bermakna dan istimewa kerana dapat mencetuskan idea inovasi di kalangan warga Jakim. Saya sangat menggalakkan sebarang pendekatan dan peluang kepada warga Jakim menyertai serta ‘explore’ peluang yang ada di mana ia mampu menggarap kecemerlangan individu itu sendiri untuk terus menyumbang idea-idea inovatif, kreatif dan informatif” – Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Tanggal 16 Mac 2017, telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jakim Tahun 2017 yang mana kali ini diadakan di Dewan Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Objektif Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) antara lain adalah menyemarakkan serta membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan warga Jakim di samping memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang terlibat dalam KIK. Selain itu, dapat mengenal pasti idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan di jabatan ini bagi mendepani sistem penyampaian dan menyediakan pasukan terbaik bagi mewakili Jakim di pertandingan Inovasi di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan Kebangsaan.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah disertai oleh tiga kumpulan dari Jakim. Masing-masing telah mempersembahkan tajuk projek yang sangat menarik dan memberikan saingan sengit di antara pasukan yang bertanding. Kelainan tahun ini adalah peserta dan panel bersoal jawab secara bersemuka di atas pentas. Panel hakim jemputan adalah YBhg. Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selaku Ketua Panel Hakim, YBrs Encik Shahrizan bin Razali dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs Puan Nor Idayuniza binti Rahmat dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan YBrs Encik Mohd Zuri bin Zainol dari Jakim.  Terdapat juga slot Bicara Inovasi yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ku Halim bin Ku Hamid dari Universiti Teknologi MARA. Terdapat juga reruai pameran daripada Bahagian Hab Halal, Bahagian Penerbitan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Pertama: Kumpulan Halal Express Way  dari Bahagian Hab Halal, Jakim

Projek : Proses Pengeluaran Sijil Halal Lewat – Telah memenangi wang tunai RM 5,000.00, piala dan sijil penyertaan.

Kedua: Kumpulan i-Mujaddid dari ILIM

Projek : Pengurusan Aduan Pelanggan di ILIM yang kurang sistematik -Telah memenangi wang tunai RM 3,000.00, piala dan sijil penyertaan.

Ketiga: Kumpulan Putra Innovator dari Masjid Putra

Projek : Pengimarahan Masjid Putra Kepada Masyarakat Tidak Optimum - Telah memenangi wang tunai RM 2,000.00 dan sijil penyertaan

 

Majlis perasmian dan pelancaran idea inovasi telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dato' Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim diiringi oleh YBhg.Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, dan YBrs Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Dakwah.

Dalam ucapan, YBhg.Tan Sri Dato' Hj. Othman bin Mustapha mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dalam Konvensyen KIK Jakim. Beliau turut memberi semangat dan galakan kepada semua untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Tahniah dan semoga berjaya di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Perdana Menteri!

 

konvensyen kik 2017 2

konvensyen kik 2017 3

konvensyen kik 2017 4

konvensyen kik 2017 11

konvensyen kik 2017 5

konvensyen kik 2017 6

konvensyen kik 2017 7

konvensyen kik 2017 8

konvensyen kik 2017 9

konvensyen kik 2017 10

konvensyen kik 2017 1




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11564749