Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

Bahagian Dakwah Jakim bersama Majlis Agama Islam Sarawak dan juga Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak telah berjaya menganjurkan Mahrajan Amal Islami Saudara Kita Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 bermula 4 hingga 6 Mei bersamaan 7 hingga 9 Sya’ban 1438H bertempat di Dewan Majma’ Tunku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching, Sarawak. Ia merupakan penganjuran kali yang kedua dengan kerjasama Jabatan Agam Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Mahrajan ini diadakan setiap dua tahun sekali yang menghimpunkan para peserta terdiri daripada  pelbagai latar belakang bangsa dan agama yang memeluk Islam dari seluruh Malaysia. Mahrajan pada kali ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para peserta dan mereka telah menunjukkan prestasi persembahan yang luar biasa berbanding dengan tahun sebelum ini. Perkembangan yang positif ini selaras dengan matlamat penganjuran Mahrajan Amal Islami iaitu memperkasakan saudara kita dengan tarbiyah Islamiyyah di samping meningkatkan tahap penghayatan mengenai Islam dan menguji kefahaman pengetahuan Islam saudara baru daripada aspek al-qur’an dan hadith, akidah, akhlak dan fekah. Selain itu, Mahrajan ini dianjurkan adalah sebagai medan untuk melatih saudara kita menjadi daie yang professional, dinamik dan berkaliber dalam menempuhi ranjau dakwah yang penuh liku.

Mahrajan Amal Islami pada kali ini telah mengetengahkan tiga acara iaitu Pertandingan Tilawah al-Quran, Hafazan, dan Syarahan bagi lelaki dan perempuan. Seramai 62 orang peserta telah bertanding dalam program Mahrajan Amal Islami Peringkat Kebangsaan pada kali ini. Dalam semua acara yang dipertandingkan, para peserta dilihat memberikan saingan yang cukup hebat dan persembahan yang mengujakan para penonton dan juga hakim.

Kemuncak bagi Mahrajan Amal Islami Saudara Kita pada 6 Mei iaitu Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha. Mahrajan kali ini turut menyaksikan kontinjen dari Wilayah Persekutuan telah berjaya menggondol Johan Keseluruhan.

Tahniah serta syabas diucapkan kepada para pemenang dan peserta yang menyertai program mahrajan ini juga tidak dilupakan sekalung penghargaan ditujukan kepada tuan rumah iaitu Kerajaan Negeri Sarawak serta semua urus setia dan jawatankuasa daripada delegasi JAKIM/JAIN/MAIN yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan penganjuran Mahrajan Amal Islami Saudara Kita Peringkat Kebangsaan berjalan dengan lancar.
 
Mahrajan amal islami2017 1
 
Mahrajan amal islami2017 2
 Perasmian majlis oleh YB Hj Abdul Rahman bin Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam.
 
Mahrajan amal islami2017 1
 
Mahrajan amal islami2017 2
 
 
Mahrajan amal islami2017 3
Para peserta pertandingan hafazan.
 
Mahrajan amal islami2017 3
Para juri hakim sedang mendengarkan bacaan tilawah al-Quran.
 
Mahrajan amal islami2017 4
Ketua Pengarah Jakim dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.
 
Mahrajan amal islami2017 5
Ucapan Ketua Pengarah Jakim pada majlis penutupan Mahrajan.
 
Mahrajan amal islami2017 6
Bergambar kenangan bersama para pemenang Mahrajan Amal Islami Saudara Kita.
 
Mahrajan amal islami2017 7
Johan keseluruhan bagi Mahrajan Amal Islami Saudara Kita, Kontinjen Wilayah Persekutuan.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10916878