Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Seminar ini merupakan sebahagian daripada Kempen ‘Yakini Halal Malaysia’ sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran serta mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap pensijilan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN di samping mempromosi Malaysia sebagai pusat rujukan global dan pusat pengeluaran, perdagangan serta inovasi halal.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan maklumat berkenaan sistem pensijilan halal Malaysia serta memberikan pendedahan secara khusus berkenaan isu-isu semasa berkenaan dengan pensijilan halal Malaysia.

Sebanyak 2 tajuk yang telah dibentangkan  ialah Tajuk 1: Halalan Toyyiban Tanggungjawab Bersama  oleh Ustaz Muhamad  Hannan Syafiq bin Jamaludin, Penolong Pengarah  Bahagian Hab Halal, JAKIM. Manakala Tajuk 2: Isu-Isu dan Cabaran Halal di Malaysia oleh Ustaz Muhamad Hawari Bin Hassan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

SEMINAR YAKINI HALAL SABAH 1 banner

SYHM SABAH 17082017 1

SYHM SABAH 17082017 2

SYHM SABAH 17082017 3

SYHM SABAH 17082017 4

SYHM SABAH 17082017 5

SYHM SABAH 17082017 6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832094