Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Bahagian Hab Halal,Jakim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) telah mengadakan Seminar Memahami Konsep Halalan Toyyiban dan Pensijilan Halal Malaysia pada 18 Mei 2016 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Fokus utama pelaksanaan seminar ini adalah untuk menyebarkan  maklumat yang tepat tentang peranan, fungsi dan kepentingan sijil pengesahan halal Malysia kepada lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha kantin sekolah di seluruh negeri Kelantan. Di samping itu juga, seminar ini bertujuan memupuk kesedaran tentang konsep halalan toyyiban di kalangan pengusaha kantin sekolah dalam proses penyediaan makanan mereka.

Antara pengisian topik yang dibentangkan dalam seminar ini ialah kefahaman mengenai konsep halalan toyyiban serta kaedah permohonan sijil pengesahan halal Malaysia yang telah di bentangkan oleh Ustazah Nur Izdihar binti Omar, pegawai Bahagian Hab Halal, JAKIM. Manakala topik yakini halal Malaysia: isu dan cabaran telah dibentangkan Ustaz Muhamad Hawari bin Hassan, juga dari Bahagian Hab Halal Jakim.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JHEAIK, Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh dengan diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Y.Bhg Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdullah serta wakil Bahagian Hab Halal Jakim, Ustaz Muhamad Hawari bin Hassan.

Setinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakankannya. Semoga usaha meningkatkan kesedaran halalan toyyiban kepada masyarakat khususnya peserta seminar ini tercapai berdasarkan objektif yang disasarkan.

seminar kelantan1 18052016

seminar kelantan 18052016

seminar kelantan2

seminar kelantan3 18052016

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12068777