Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:44 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:43

Bangi- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Pengurusan Sains Dakwah(PPSD), ILIM telah mengadakan Diskusi Pengurusan Jenazah pada 01 Disember 2015 bertempat di Auditorium Al-Syafie, ILIM. Diskusi pada kali ini bertemakan “Sempurnakan Tuntutan Fardu Kifayah Anda”.
 
Pada Diskusi kali ini, ILIM telah mengundang   Ustaz Muhammad Fahmi bin Rusli – Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk : Pengurusan Jenazah Suatu Tuntutan Fardhu Kifayah. Manakala sesi kedua, Diskusi dilaksanakan dalam bentuk forum di mana ahli panel terdiri daripada Tuan Haji Mohd Maghni bin Wasim  – Petugas Mandi Jenazah dan Puan Hajah Sittaton binti Osman- BAKA, Ibu pejabat Polis Bukit aman. Kedua-dua ahli Panel Forum membincangkan tajuk : Pengalaman Dan Cabaran Mengurus Jenazah Sesi Forum ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar selaku moderator.
 
Penganjuran diskusi ini bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung dalam proses pengurusan jenazah mengenai ilmu berkaitan tajhiz jenazah serta menguasai isu-isu terkini berkaitan dengannya. Malahan dalam pengurusan jenazah,  individu yang terlibat akan menemui pelbagai cabaran dan persoalan yang masih belum menemui jawapannya.Dalam hal ini, ILIM selaku Institusi yang menganjurkan seminar, kursus dan latihan khususnya bagi Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan juga penjawat awam bertanggungjawab dalam memberi kefahaman, latihan dan kemahiran dalam hal ehwal berkaitan pengurusan jenazah.
 
Akhir sekali, pihak penganjur khususnya ILIM berharap peserta diskusi dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta merungkaikan permasalahan yang timbul tentang pengurusan jenazah di samping dapat memperbetulkan persepsi dan pemikiran ummah antara tuntutan agama dengan adat.
 
ILIM Kongsi Ilmu Kepakaran Pengurusan Jenazah 1
 
ILIM Kongsi Ilmu Kepakaran Pengurusan Jenazah 2
 
ILIM Kongsi Ilmu Kepakaran Pengurusan Jenazah 3
 
ILIM Kongsi Ilmu Kepakaran Pengurusan Jenazah 4
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11158178