Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

WACANA EKSEKUTIF : TADBIR URUS ISLAM YANG BAIK

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Wacana Eksekutif : Tadbir Urus Islam Yang Baik pada 16 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Auditorium Al-Shafii, ILIM. Wacana Eksekutif ini merupakan satu program yang memberi fokus kepada tadbir urus Islam yang baik dari sudut pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jakim dan Kader Jakim di Kementerian telah menghadiri wacana pada kali ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri dan Pengarah-Pengarah Bahagian Jakim.

Objektif yang digariskan dalam penganjuran wacana ini ialah memberi kefahaman mengenai tadbir urus yang baik dalam organisasi, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan tadbir urus yang baik, mewujudkan semangat kebersamaan dalam mengurus hal ehwal Islam di Malaysia melalui perkongsian idea dan pengalaman dan meningkatkan sistem pengurusan hal ehwal Islam yang lebih sistematik dan berkesan.

Wacana eksekutif yang julung kali diadakan ini telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Ketua Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Malaysia. Dalam ucapannya yang memberi fokus kepada Landskap Baharu Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia, beliau telah memberi penekanan tentang beberapa perkara yang menjadi landasan kepada kekuatan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Beliau juga mengingatkan tentang cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui oleh agensi-agensi agama dalam mengurus hal ehwal Islam di Malaysia. Di akhir ucapannya, beliau mengajak para peserta untuk menzahirkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam membina Landskap Baharu Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan oleh kerajaan.

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 1

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 2

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 3

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 4

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 5

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 6

 

Wacana Eksekutif Tadbir Urus Islam Yang Baik 7

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12069275