Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan telah menganjurkan Kursus Training Needs Analysis (TNA) : Jurulatih ILIM/ILTIM Berpengetahuan pada 4–5 April 2017 bertempat di Bilik Ibnu Al-Baitar, ILIM.

Kursus ini merupakan merit kepada Program Pembangunan Jurulatih Pakar bagi mencapai Key Performance Indicator (KPI) ILIM tahun 2017 iaitu melahirkan 20 jurulatih kompeten dalam bidang kejurulatihan Islam.  

Kursus ini telah menarik minat target group ke arah memperkasa (empowering) dan kejuruteraan semula (reengineering), untuk menjadikan ILIM sebagai bench mark kepada pusat-pusat latihan di Malaysia. 

Keberhasilan kursus ini ; jurulatih telah memahami tentang proses pembangunan kajian keperluan latihan (TNA) yang berkesan, melaksanakan proses pengumpulan data, analisis hasil kajian (organisasi, individu dan tugasan) dan menyediakan laporan TNA serta merancang program-program latihan jangka masa pendek dan panjang untuk pembangunan kompetensi jurulatih.

Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat perunding latihan yang penuh etika dan kaliber diketuai oleh YBhg Dr Haji Hamdan bin Abd Kadir (CEO HAK Consultancy & Training) dan dibimbing oleh Dr Fadillah binti Ismail dan Dr. Thohirah Bibi.

TNA1

TNA2 TNA3

TNA4 TNA5 

TNA6a

 

 

 

Amanat Penangguhan Kursus TNA oleh 
YBhg. Puan Hajah Zaiton binti Abd Rahman, Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia. 

 

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12068771