Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Tahap 1) pada 11-14 April 2017 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM.

Kursus ini dihadiri seramai 30 peserta yang terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah dari JAKIM dan JAIN.  Kursus ini merangkumi empat (4) tahap sebelum para peserta dianugerahkan Sijil Tinggi Kaunseling dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam. Kursus kali ini iaitu tahap pertama (1) ianya merangkumi aspek-aspek berikut :

  1. Pengenalan Asas Kaunseling Syarie
  2. Sifat Asas Manusia Dari Sudut - Perkembangan Psikologi
  3. Pengenalan Pengurusan Runding Cara Keluarga
  4. Kemahiran Asas Kaunseling Syarie
  5. Pengamalan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia
  6. Konsep Asas Nikah, Cerai dan Rujuk Dalam Islam
  7. Perbahasan Rukun Nikah
  8. Tanggungjawab Suami Isteri dalam Perkahwinan dan Poligami
  9. Prosedur Pernikahan
  10. Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR)
  11. Pendaftaran Kelahiran
  12. Kajian Kes Isu-Isu Semasa Kekeluargaan (Analisis Aspek Fiqh dan NCR)

Kursus ini menampilkan penceramah dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tuan Mawardi bin Che Man, Ustaz Tajul Urus bin Abd Halim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Puan Razidah bt Adam dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Ustaz Hazman bin Hashim dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

   

      

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11150294