Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal, ILIM telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Dalam Islam pada 20 April 2017 bertempat di Dewan Datuk Syahir, Institut Latihan Islam Malaysia.

Objektif penganjuran Seminar ini untuk memahami konsep asas pengurusan harta berasaskan Syariah, meningkatkan kemahiran kaedah pengendalian harta dan membentuk sikap integriti serta akauntabiliti dalam pengurusan harta berlandaskan syariah Islam.

Seminar ini dihadiri seramai 280 orang peserta yang terdiri dari para pegawai dan penjawat awam dari Kementerian, JAKIM, JAIN, MAIN dan beberapa agensi Kerajaan.  

Antara barisan penceramah hebat adalah :

  1. YBhg. Datuk Dr. Mohamed Ghazali bin Md Noor
    Penasihat Kanan, Tindakan Strategi Sdn Bhd

  2. YBhg. Dr. Mohd Faisol bin Ibrahim
    Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi Islam & Mualamat, USIM

  3. YBhg. Dr. Noorlizza bt Mohamed Said
    Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, UKM

Modul Seminar :

  1. Konsep Pemilikan & Urusniaga Harta Dalam Islam
  2. Sumber Pendapatan & Pengagihan Harta Dalam
  3. Harta Sepencarian dan Pengurusan Faraid Mengikut Islam & Undang-undang Semasa Islam

  

  

  

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12071407