Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Pendekatan dakwah melalui kemahiran pelbagai bahasa di Malaysia amat penting memandangkan Malaysia negara yang berbilang kaum dan bangsa.  Sifat universal agama Islam itu sendiri membawa kepada penyebaran dakwah kepada segenap pelusuk bangsa yang sudah tentu berlainan bahasa dan budaya.  Atas dasar ini, ILIM menerusi Kluster Pendidkan dan Pengajian Bahasa menganjurkan Kursus Bahasa Tamil pada 25 dan 26 April kepada para pegawai Hal-Ehwal Islam bertempat di Bilik Hafs, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM.

Kursus ini disampaikan oleh Encik Muhamad Zamri Vinoth bin Kalimuthu iaitu penceramah dari Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia yang berkongsi kemahiran dan pengalaman beliau kepada para peserta.

Para peserta didedahkan dengan pengenalan asas Bahasa Tamil dan istilah-istilah harian yang biasa digunapakai. Semoga kursus ini menjadi medium asas kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran bahasa dalam kehidupan seharian.

  

  

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11150320