Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:19 Asar : 16:34 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:36

MUZAKARAH AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA KALI KE-12 BAGI TAHUN 2016

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS) telah berjaya menganjurkan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali ke-12 pada 21hb. Julai, 2016 (Khamis) bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Muzakarah ini telah dihadiri seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Panel Penasihat Syariah, Eksekutif Syariah di institusi kewangan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli akademik.

Muzakarah yang dianjurkan pada kali ini bertemakan “Pematuhan Syariah ke Arah Melestarikan Muamalat Islam” digagaskan bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Mendapatkan cadangan dan ulasan pakar serta strategi berkesan dan realistik dalam mengawal selia skim-skim pelaburan yang ditawarkan oleh institusi bukan di bawah  kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC);
  • Membincangkan tajuk-tajuk terpilih berkaitan isu-isu syariah yang terlibat dalam skim-skim pelaburan masa ini serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mencari penyelesaian terhadap isu-isu syariah; dan
  • Medan perbincangan antara penasihat syariah institusi kewangan di Malaysia dalam usaha membantu Jakim untuk memberi penerangan kepada masyarakat awam berkaitan isu-isu pelaburan pada masa ini.

Majlis perasmian muzakarah ini telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengerusi Muzakarah oleh YBhg. Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali bin Ab. Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara dan YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad, YBhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim selaku pakar rujuk muzakarah.

Menerusi muzakarah ini sebanyak dua buah kertas kerja telah dibentangkan. Pembentang kertas kerja pertama dengan tajuk “Mekanisme dan Modus Operandi dalam Skim Pelaburan di Malaysia: Analisis daripada Perspektif Syariah” oleh YBrs. Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pembentang kedua disampaikan oleh YBrs. Encik Wan Rumaizi bin Wan Husin, Penasihat Syariah Bank Kerjasama Rakyat Berhad dengan tajuk “Isu-Isu Syariah dalam Skim-Skim Pelaburan yang ditawarkan oleh Institusi yang bukan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia”. Manakala pengulas kertas kerja pertama ialah YBrs. Encik Afyan bin Mat Rawi, Perunding Kanan, Infaq Consultancy Sdn. Bhd dan pengulas kertas kerja kedua ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor, Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sesi forum telah diatur pada sebelah petang dengan tajuk “Pengambilan Deposit Secara Haram dalam Skim Pelaburan: Isu dan Cabaran dari Aspek Undang-Undang” dengan menampilkan ahli panel yang berpengalaman iaitu YBrs. Encik Mohd Fuad bin Arshad, Timbalan Pengarah, Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia (BNM), YBrs. Dr. Md. Nurdin bin Ngadimon, Ketua Jabatan Syariah, Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), YBrs. Tuan Haji Fahmi bin Kassim, Ketua Seksyen Kajian Siasatan dan Pendakwaan Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YBrs. Encik Muhamad Faris bin Othman, Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selaku moderator.

Muzakarah diakhiri dengan bacaan rumusan muzakarah yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim manakala, ucapan penutupan muzakarah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

MPS

MPS1 copy

MPS2 copy




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11528222