Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS pada 2 hingga 4 Ogos 2016 bertempat di Klana Beach Resort , Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Muzakarah ini telah dihadiri oleh wakil-wakil delegasi dari negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura serta ahli Panel Pakar Falak Jakim.  Selain itu,  muzakarah ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Sabah, Sarawak dan pegawai falak yang mewakili jabatan mufti negeri masing-masing.  YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mempengerusikan muzakarah ini sepanjang ia berlangsung.

Penganjuran muzakarah kali ini adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

  • Menyemak semula Kriteria Imkanur Rukyah yang digunapakai oleh negara anggota MABIMS dalam penentuan takwim hijri dan awal bulan hijri di kalangan negara anggota.

  • Melakukan cerapan hilal bersama di kalangan negara anggota MABIMS.

  • Melaksanakan penilaian terhadap Takwim Standard MABIMS.

Majlis perasmian muzakarah ini telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri Di JPM, YBhg. Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan YBhg. Datuk Selamat bin Paigo, Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Menerusi muzakarah ini sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan. Pembentangan kertas kerja utama dengan tajuk Penambahbaikan Kriteria Imkanur Rukyah MABIMS telah disampaikan oleh wakil delegasi setiap negara. Tiga kertas kerja lain turut dibentangkan iaitu:

  1. Pengimejan Hilal Menurut Perspektif Syarak
  2. Penilaian Terhadap Takwim Standard MABIMS
  3. Kajian Takwim Hijri Global

Muzakarah diakhiri dengan bacaan resolusi muzakarah yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim manakala, ucapan penutupan muzakarah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.     

IMG 8981

Kehadiran YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri Di JPM dalam majlis perasmian Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS

IMG 9012

Ucapan perasmian oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri

IMG 9119

Lawatan YB Menteri ke khubah Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson

bersama delegasi

Delegasi dari Negara Brunei, Indonesia, Singapura,Malaysia, Ahli Panel Pakar Falak Jakim, S.S Mufti-Mufti dan tetamu jemputan  bergambar bersama YB Menteri

cenderahati

Penyampaian cenderahati oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim dan Sahibus Samahah Dato’ Hj. Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kepada YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri Di JPM

tetamu perasmian

Kehadiran pada malam perasmian Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS

IMG 9144

YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim menjadi pengerusi sepanjang  muzakarah berlangsung

delegasi

 

kehadiran muzakarah

 

Suasana ketika Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS sedang berlangsung

cerapan

Sesi cerapan Hilal Zulkaedah 1437H

IMG 9215

Sesi bergambar peserta Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12068781