Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Istinbat Hukum pada 5 September 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh pegawai istinbat  daripada Jabatan Mufti Negeri dan para pegawai Jakim. 

Bengkel ini merupakan program tahunan yang memberikan pendedahan kepada pegawai agama tentang kajian dan methodologi istinbat  hukum berdasarkan qaul muktamad mazhab Shafie. Dua Penceramah dan seorang fasilitator daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diundang untuk memberi penjelasan kaedah tersebut. Seterusnya diadakan sesi praktikal kepada para peserta.  Kaedah yang dipelajari ini, perlu diamalkan oleh pegawai instinbat di Jabatan Mufti Negeri.

Bengkel ini telah disempurnakan penutupannya oleh Ustazah Fatimah binti Saad, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.  Para peserta bengkel menyarankan supaya bengkel seumpama ini diteruskan pada masa-masa akan datang untuk memberikan maklumat yang mendalam berkaitan dengan kaedah istinbat hukum berdasarkan empat mazhab dalam Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

 

IMG 9334

IMG 9344

Peserta Bengkel Istinbat Hukum 2016

IMG 9354

Suasana ketika bengkel sedang berlangsung

IMG 9408

IMG 9410

IMG 9413

penceramah copy

Barisan Penceramah Jemputan

IMG 9400

Ustazah fatimah binti Saad, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim memberikan cenderahati kepada salah seorang penceramah jemputan




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11564743