Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:39

 

Lawatan Kerja Ke Lokasi Pembangunan Pusat Falak Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Di Pulau Bunting, Yan, Kedah Pada 22 November 2016 

Dalam rangka melaksanakan keputusan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah Pusat Falak MKI di Pulau Bunting Yan Kedah.

Pusat Falak ini dibangunkan bagi tujuan penyelidikan dan kajian berkaitan falak di Malaysia. Ia juga menjadi salah satu medium memperkasakan peranan Majlis Raja-Raja melalui MKI dalam pembangunan penyelidikan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya dalam bidang falak. Hasrat itu boleh direalisasikan dengan memperkenalkan pusat falak ini sebagai tempat latihan cerapan hilal bagi anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Lokasi tersebut telah dipilih berdasarkan kesesuaiannya yang mempunyai ufuk timur dan barat dan tidak terlindung selain memudahkan penyelidikan pergerakan objek di langit seperti bulan dan matahari.

Satu lawatan kerja bagi melihat lokasi yang telah dicadangkan oleh kerajaan Negeri Kedah bagi tujuan pembangunan pusat falak tersebut telah diadakan pada 22 November 2016. Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Haji Mohd Yusri bin Mad Daud.  Wakil Jakim dalam lawatan kerja tersebut ialah Dr. Kamaruddin bin Min, Pegawai Tugas Khas YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr.  Mohd Zambri bin Zainuddin (Panel Pakar Falak,Jakim), Ustaz Mohamad Zakuwa bin Hj. Rodzali(Panel Pakar Falak,Jakim) dan beberapa pegawai Jakim yang lain.  Turut menyertai lawatan kerja ini ialah beberapa agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Kedah.

Hasil daripada lawatan tersebut mendapati bahawa lokasi yang diberikan adalah lokasi yang terbaik dan mempunyai ketinggian hampir 142 meter daripada aras laut. Bagi mewujudkan kesedaran berkenaan falak di kalangan masyarakat setempat Jakim juga berhasrat menjadikan pusat falak tersebut sebagai pusat astrotourism dimana masyarakat dapat bersama-sama menikmati pengalaman meneroka langit malam.   

Picture1

Imej Satelit, Pulau Bunting

 

Kawasan Pulau:

Picture2

Taklimat ringkas berkenaan lokasi yang akan ditinjau diberikan oleh Dr Kamarudin bin Min kepada peserta kajian berkenaan lot tanah yang dicadangkan

Picture3

Peserta mula mendaki bagi mencari lokasi cadangan Pusat Falak MKI bermula jam 10.30 pagi

Picture4

Picture5

Picture6

Picture7

 

Kawasan Sekitar Lokasi yang dicadangkan:

Picture8

Picture10

Picture12

Wakil yang terlibat dalam mengenalpasti lokasi yang telah diluluskan antaranya: Ahli Panel Pakar Falak Jakim, Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Wakil Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Wakil Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Kedah.

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10255335