Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:03 Zohor : 13:14 Asar : 16:30 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kali Ke-94 telah diadakan pada 14 Mac 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang. Turut menghadiri mesyuarat SS Dató’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor, SS Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, SS Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Negeri Pahang dan YB. Dato’ (DR) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
Mesyuarat yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini telah membincangkan dua draf garis panduan, satu kertas kajian hukum dan mendengar dua taklimat daripada agensi yang berkaitan. Kesemua ahli panel memberikan komitmen penuh dalam menghasilkan sighah yang mantap dan mempunyai kredibiti untuk dilaksanakan kelak.
 
Mesyuarat pada kali ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Tenaga Kerja di Kementerian Sumber Manusia, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Majlis Optik Malaysia masing – masing di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam membantu masyarakat mendapatkan penjelasan berkaitan isu syariah.
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 1
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 2
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 3
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 4
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 5
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 94 6
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 April 2017.
Jumlah Pelawat :10742809