Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Bengkel Istinbat Hukum 2017 telah diadakan pada 15 Mei 2017 bersamaan 18 Sya’ban 1438 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya. Program tahunan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai hadith dalam istinbat hukum yang merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan penyelidikan hukum syarak dan sekaligus mempertingkat kredibiliti pegawai-pegawai penyelidik. Bengkel ini disasarkan kepada para pegawai yang menjalankan penyelidikan hukum syarak di Jabatan-jabatan Mufti Negeri dan Jakim dan seramai 34 orang peserta telah hadir menyertai bengkel ini. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Yahya bin Ahmad, Timbalan Mufti Negeri Johor dan Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa.
 
Majlis dimulakan dengan sesi perasmian oleh YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Dalam ucapan perasmiannya beliau berharap agar program ini dapat dilaksanakan di peringkat MABIMS agar perkongsian ilmu dan kepakaran serantau dari sudut istinbat hukum dapat dimanfaatkan bersama.
 
Sesi pertama telah dimulakan dengan pembentangan daripada YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk ‘Pendekatan Ulama Hadis dan Ulama Fiqh dalam Istinbat Hukum’. Seterusnya, program diteruskan dengan pembentangan daripada YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Jawiah binti Dakir, Felo Penyelidik Utama, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah membincangkan secara terperinci ‘Metodologi Istinbat Hukum Melalui Hadith dalam Penyelidikan Hukum’. Pada sebelah petang, bengkel diteruskan dengan latihan amali ‘Aplikasi Digital Hadtih: Teknik dan Penguasaannya’ yang dikendalikan oleh YBhg. Dr. Mohamad Hapizi bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Majlis berakhir dengan sesi penutup iaitu penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta oleh Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
 
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 1
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 2
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 3
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 4
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 5
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 6
 
Bengkel Istinbat Hukum 2017 7
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832134