Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:11 Isyak : 20:20

 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-raja Yang Ke-246, telah menganjurkan program Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) pada 13 hingga 15 Jun 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program ini telah dilaksana dengan objektif seperti berikut :
  1. Memartabatkan Pendidikan Islam di bawah kawalan Pihak Berkuasa Agama Negeri dengan memberikan hak-hak pendidikan yang sewajarnya kepada SAN dan SAR serta murid-murid SAN dan SAR mengikut ketetapan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996;
  2. Mempertingkat kualiti pendidikan Islam di sekolah-sekolah tersebut bagi memastikan peluang yang lebih luas kepada pelajar-pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negara serta kemajuan kerjaya mereka; dan
  3. Menyemak sistem pendidikan sedia ada bagi tujuan penambahbaikan ke arah satu penyelarasan bersepadu di sekolah-sekolah agama negeri dan sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia.

Program yang diadakan dengan kerjasama Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri ini disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada ahli LEPAI, wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), pelbagai agensi Persekutuan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, dan turut dihadiri oleh ahli-ahli akademik daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), serta golongan profesional pendidikan khususnya pendidikan tahfiz dan pondok . Majlis Penutupan Warshah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri pada 15 Jun 2017 dan turut dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid; Menteri Pendidikan, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri merangkap ahli LEPAI yang dilantik oleh Majlis Raja-raja.


Sebanyak tujuh (7) resolusi Warshah telah diterima dan dijadikan arahan rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu:

 
  1. Satu mekanisme khas diwujudkan bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama antara Persekutuan dengan Negeri dalam mengurus dan membangunkan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan Islam di Malaysia.
  2. LEPAI, dengan mengambil kira perkenan Majlis Raja-Raja, hendaklah diperkukuhkan sebagai badan penyelarasan dan pengiktirafan induk berkenaan dengan pendidikan Islam di Malaysia.
  3. KAFA ditambah baik secara menyeluruh dan dianjakkan daripada program pengukuhan menjadi sistem pendidikan asas arus perdana bagi kanak-kanak Islam.
  4. Dasar Kerajaan berhubung dengan bantuan dan kemudahan kepada SMAR, SMAN dan sekolah yang seumpamanya hendaklah diselaraskan dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
  5. Satu panel khas diwujudkan di bawah LEPAI untuk menyelaras, memberi pengiktirafan dan mengawal selia penubuhan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan lain-lain.
  6. Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab ditubuhkan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab guru dan pelajar.
  7. Tabung dana pendidikan Islam diwujudkan di bawah LEPAI menerusi kerjasama strategik antara Kerajaan, Negeri, badan berkanun, swasta dan individu.
 

Berita boleh dilihat di:

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-laksana-tujuh-resolusi-warshah-islah-pendidikan-islam-1.493805

http://www.hmetro.com.my/setempat/2017/06/238103/dana-perkasa-pendidikan-islam

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237798/rm10-juta-untuk-pembangunan-pendidikan-islam

https://twitter.com/Zahid_Hamidi/status/875196294142218241

https://www.bharian.com.my/node/293205

 

WR3

WR2

WR1

WR5

WR9

WR10

WR12

WR11

WR4

WR8

WhatsApp Image 2017 06 21 at 11.42.26 AM

WhatsApp Image 2017 06 21 at 11.42.38 AM

WhatsApp Image 2017 06 21 at 11.42.49 AM

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 September 2017.
Jumlah Pelawat :11855993