Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-18 pada 14 hingga 19 Julai 2017 bertempat di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Yayasan Islam Kelantan merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan di SMAN dan SMAR berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Kejohanan ini turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai program kokurikulum di peringkat kebangsaan yang membolehkan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat (SMAN dan SMAR) mendapatkan 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. JAKIM akan menjadikan KESSUMA sebagai program tahunan yang mesti dilaksanakan dengan mengemaskini dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa.

Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 18 Julai 2017 (Selasa) jam 8.30 malam di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) . YB Dato’ Dr Muhammad Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi JK Pembangunan Insan Dan Pendidikan Negeri Kelantan telah merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah JAKIM, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pengarah-Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Sebanyak 12 kontingen dari 12 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri dan maskot kejohanan setiap negeri. Seramai 2,000 atlit telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang kesukanan berlangsung iaitu sepak takraw, ping pong kategori lelaki dan perempuan, badminton lelaki dan perempuan, bola tampar kategori lelaki dan perempuan, bola jaring dan bola sepak.

           Kesemua peserta yang menyertai kejohanan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat (SMAN dan SMAR) yang mewakili semua negeri seluruh Malaysia. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyumbangkan Piala Pusingan Johan Keseluruhan kejohanan tersebut iaitu ”Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri”. Negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSUMA 2017.
 
WhatsApp Image 2017 08 15 at 10.59.14 AM
 
 
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.00.58 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 15 at 10.59.06 AM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.04.14 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.04.16 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.06.51 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.06.48 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.06.50 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.06.49 PM
 
keputusan kessuma 2017 copy copy
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832095