Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

26 Ogos 2017 : (Lahad Datu) Menurut Yusuf & Sharifah (1990) Pendidikan adalah untuk semua, tidak kira untuk siapa, bila, di mana dan bagaimana ia dijalankan. Ini menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Walaubagaimanapun, bagi seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) khususnya, proses pembelajaran adalah merupakan proses berterusan dalam menimba ilmu dalam memastikan anak didiknya mendapat ilmu dan pengetahuan yang sebaiknya. Islam juga tidak pernah menolak kemajuan serta perkembangan teknologi dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam yang terbaik.

 

Justeru, bagi meningkatkan kemahiran serta latihan kepada guru KAFA di seluruh Malaysia, Latihan Profesionalisme Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) - Kursus Guru Cemelang Siri Kelima di Negeri Sabah telah dilaksanakan oleh Seksyen Pengurusan KAFA, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM pada 26 - 29 Ogos 2017 bertempat di Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Yang Berusaha Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali.

 

Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada guru KAFA daerah Tungku Lahad Datu, Tawau, Kunak, Kinabatangan dan Semporna telah hadir untuk mengikuti kursus yang dikendalikan oleh urus setia JAKIM dan pensyarah daripada IPG, Kampus Pendidikan Islam Bangi. Program selama empat hari tiga malam ini berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada semua peserta yang menghadiri kursus ini. Diharap peserta pada kali ini dapat mempertingkatkan kemahiran dan latihan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat melahirkan murid KAFA yang berkebolehan dalam aspek akademik dan sahsiah diri..

 

Rujukan :

Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. (1990). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan amalan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
 
 
 
Lahad Datu 1
 
Lahad Datu 2
 
Lahad Datu 3
 
Lahad Datu 4
 
Lahad Datu 5
 
Lahad Datu 6
 
Lahad Datu 7
 
Lahad Datu 8
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832077