Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meraih gold medal melalui inovasi produk e-KAFA As An Interactive Teaching Aids dalam International University Carnival On e-Learning (IUCEL) 2017 pada 26-27 September 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan.

 

Program ini dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public University (MEIPTA), Pusat e-Pembelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). IUCEL merupakan platform terbaik bagi mempromosi, meneroka serta berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran global dalam pelaksanaan e-learning di semua peringkat institusi pendidikan dari seluruh dunia. Perasmian Karnival telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 26 September 2017.

Sebanyak 188 produk inovasi dipertandingkan dalam Karnival tersebut. Projek e-KAFA As An Interactive Teaching Aids dipertandingkan melalui kategori Invention, Innovation and Design On- Learning (IIDEAL). e-KAFA adalah salah satu sistem pembelajaran interaktif yang memberi kemudahan kepada masyarakat untuk meneroka dan mendapatkan pengalaman baru mengenai pendidikan Islam melalui medium teknologi maklumat. Penyampaian kandungan e-KAFA merangkumi video grafik, animasi, teks dan elemen audio sejajar dengan peredaran teknologi semasa. Justeru, e-KAFA menjadikan proses pembelajaran lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.

 

Potensi e-KAFA bukan sahaja terhad kepada murid dan guru KAFA sahaja, bahkan boleh menjadi rujukan kepada masyarakat awam yang dahagakan ilmu pengetahuan melalui mekanisme yang paling mudah. e-KAFA boleh dilayari menerusi http://elearning.islam.gov.my dengan menggunakan semua jenis browser. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelbagai lagi usaha transformasi pembelajaran KAFA ke arah merealisasikan falsafah pendidikan Islam kebangsaan.

 

IUCL 3

IUCL 7

IUCL 8

IUCL 2

 

 

IUCL 4

IUCL 9

IUCL 10

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080174