Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pemurnian Data Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) Peringkat negeri Kelantan pada 26 & 27 Julai 2016 bertempat di Kompleks Islam  Jubli   Perak  Sultan  Ismail Petra (KIJP), Panji Kelantan.

Peserta bagi program ini adalah terdiri daripada Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah/Jajahan (PPMD/J) seluruh negeri Kelantan dan wakil Bahagian Hal Ehwal Agama/Masjid Majlis Agama Islam Kelantan. Sasaran bengkel ini adalah bertujuan untuk membuat semakan dan pengesahan data SISMIM negeri Kelantan bagi tahun 2016. SISMIM yang mula dibangunkan pada tahun 2008, merupakan salah satu sistem tunggal di Jakim yang menjadi pusat rujukan utama maklumat masjid merangkumi modul masjid dan surau, modul kakitangan, kewangan imam dan modul takmir yang digunakan oleh negeri-negeri.

Secara keseluruhannya bengkel seperti ini menjadi platform pertemuan antara pihak Jakim, daerah dan negeri membuat pengemaskinian data dengan bimbingan pegawai teknologi maklumat Jakim, di samping juga menjadi medan perbincangan bagi menambahbaik pengurusan data SISMIM pada masa akan datang.

gambar bengkel SISMIM 26 27 Julai 2016




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10916848