Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri telah selesai menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2016  kali ke 3 yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 hingga 8 Ogos 2016 di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dan Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang.

 

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM En.Masri bin Razali, PengarahJabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Nor Abdul Rani, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Puan Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff dan pegawai serta jemputan khas dari JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Yayasan Islam Kelantan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai agensi negeri.

 

MIISMAM adalah medium untuk mengukur pemahaman murid-murid Sekolah-Sekolah SMAN dan SMAR didalam menghayati dan mengamalkan cara hidup sebagai seorang muslim sebagaimana yang terkandung di dalam kurikulum melalui aktiviti kokurikulum. Di samping menambah potensi daya saing di kalangan pelajar Sekolah-Sekolah SMAN, SMAR dan SABK diperingkat nasional agar meningkatkan minat dan usaha untuk menjadi pelajar yang serba boleh dan berketrampilan.

 

Keputusan MIISMAM 20016 adalah seperti berikut :

Tilawah Al-Quran Lelaki : Johan  Negeri Kedah, Naib Johan Negeri Kelantan, KeTiga Wilayah Persekutuan

Tilawah Al-Quran Perempuan : Johan Negeri Pulau Pinang, Naib Johan Negeri Kelantan, Ketiga Negeri Kedah

Hafazan Al-Qur’an Lelaki : Johan Negeri Pahang, Naib Johan Wilayah Persekutuan, KeTiga Negeri Pulau Pinang

Hafazan Al-Qur’an Perempuan : Johan Negeri Perak, Naib Johan Negeri Kelantan, KeTiga Selangor

Syarahan Bahasa Melayu Lelaki : Johan Wilayah Persekutuan, Naib Johan Negeri Sembilan,KeTiga Pahang

Syarahan Bahasa Melayu Perempuan : Johan Wilayah Persekutuan, Naib Johan Negeri Kedah, KeTiga Negeri Pahang

Syarahan Bahasa Arab Lelaki : Johan Negeri Selangor, Naib Johan Negeri Kedah, Ketiga Negeri Sabah

Syarahan Bahasa Arab Perempuan : Johan Negeri Sabah, Naib Johan Negeri Kedah, Ketiga Negeri Kelantan

Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki : Johan Negeri Melaka, Naib Johan Negeri Terengganu, Ketiga Negeri Selangor

Syarahan Bahasa Inggeris Perempuan : Johan Negeri Kedah, Naib Johan Negeri Terengganu, Ketiga Negeri Selangor

Perbahasan Bahasa Melayu (ala Parlimen) : Johan Negeri Selangor, Naib Johan Negeri Kedah, Ketiga Negeri Kelantan dan Terengganu

Nasyid Lelaki : Johan Negeri Selangor, Naib Johan Negeri Pulau Pinang, Ketiga Negeri Johor

Nasyid Perempuan : Johan Negeri Selangor, Naib Johan Negeri Pahang, Ketiga Negeri Melaka

Kuiz Dini Bahasa Arab : Johan Negeri Sembilan, Naib Johan Negeri Kelantan, Ketiga Negeri Terengganu

Seni Khat Lelaki : Johan Negeri Johor, Naib Johan Negeri Kedah, Ketiga Negeri Selangor

Seni Khat Perempuan : Johan Negeri Kedah, Naib Johan Negeri Melaka, Ketiga Negeri Johor.

 

JOHAN KESELURUHAN Negeri Selangor dengan pencapaian 4 emas dan 3 gangsa.

 

IMG 20160809 WA0017

Johan Keseluruhan Negeri Selangor Darul Ehsan

IMG 20160809 WA0015

 

IMG 20160809 WA0025

 

IMG 20160809 WA0018

 

IMG 20160809 WA0031

 

 

IMG 20160809 WA0026




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11564705