Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

3 Ogos 2016 : Pemantauan Seksyen Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM kali ini turun padang ke negeri pulau mutiara. Objektif bengkel dan pemantauan pada kali ini adalah untuk memahami peranan penyelia dan pemantau intruksional. Menurut Webster’s Third International Dictionary of The English Language menyebut instruksional bermaksud memberi pengetahuan dan informasi khusus dengan maksud melatih berbagai bidang khusus memberikan pengetahuan dalam berbagai bidang tertentu. Bersesuaian dengan bidang pendidikan Intruksional bermaksud pengajaran dan pembelajaran.

Pada 3 hingga 5 Ogos yang lalu telah berlangsung Bengkel Instrumen Pemantauan KAFA di Hotel Seri Malaysia bersama penyelia KAFA Pulau Pinang. Program diteruskan dengan pemantauan KAFA ke Madrasah Murad ad-Diniyah, Seberang Perai, Pulau Pinang oleh pegawai JAKIM dan penyelia KAFA Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Terdapat seramai 19 orang guru dan 601 orang murid KAFA terlibat secara langsung dengan kelas KAFA. Antara perkara yang membanggakan ketika melaksanakan pemantauan di sekolah tersebut apabila melihat murid KAFA tahun satu dapat membaca tulisan jawi dengan lancar dan fasih apabila diminta oleh guru untuk membacanya di hadapan murid lain di dalam kelas. Semuanya adalah hasil dari kerjasama semua pihak termasuklah JAKIM dan JAIN dalam memastikan sistem dan pembelajaran KAFA yang berkesan.

Secara keseluruhannya, hasil pemantauan dapat mengenalpasti bahawa peranan penyelia amat penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru-guru KAFA diberikan latihan dan kemahiran agar proses pengajaran dapat dilaksana dengan lebih efektif.

 

IMG 20160804 165631

 

IMG 20160804 150958

 

 

 

 

 

IMG 20160804 151036

IMG 20160804 215217

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10916850