Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

9 Ogos 2016 : Pepatah ada menyebut, “ Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita mesrakan dan yang mesra kita abadikan.” Ini bertepatan dengan pemantauan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kali ini dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah mengadakan pemantauan dan bengkel kepada penyelia KAFA negeri Terengganu di Pulau Redang.

 

Udara yang segar dan panorama yang indah telah menambahkan lagi semangat penyelia KAFA menghadiri bengkel latihan pada kali ini. Ceramah bertajuk “peranan dan kepentingan penyelia KAFA” dan Bengkel Kemahiran Penulisan Jawi telah disampaikan oleh Puan Fadzilah bin Mustapa daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Pemantauan KAFA ke Sekolah Kebangsaan Pulau Redang dengan menaiki bot selama hampir 20 minit merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Suatu perkara yang amat membanggakan bahawa program KAFA kini telah berada di seantero tempat di Malaysia termasuklah di kawasan kepulauan. Sekolah Kebangsaan Pulau Redang yang dilawati memiliki jumlah pelajar termasuk murid pra-sekolah seramai 222 orang murid. Ia mempunyai seramai 24 orang guru Kementerian Pedidikan Malaysia dan 7 orang guru KAFA.

 

Hasil pemantauan dari aspek pengurusan serta Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) mendapati pengurusan KAFA di sekolah tersebut amat baik. Walaubagaimanapun ia perlu kepada penambahbaikan dari masa ke semasa. Hubungan yang baik di antara pihak sekolah dan pengurusan KAFA yang efektif banyak membantu dalam mempertingkatkan kemajuan serta kemenjadian murid KAFA melalui aspek pemantapan jati diri dan sahsiah murid KAFA di sekolah tersebut.

 

 

20160809 102846

 

20160809 142125

 

20160810 151306 copy

 

 20160810 151455

 

20160809 154906

 

 20160810 154906

 

20160810 161012

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11564697