Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Lebih 14 abad lalu tamadun Islam berkembang bermula dengan zaman Rasulullah SAW, Khulafa' al-Rasyidin, Dinasti Umayyah dan 'Abbasiyah serta empayar kerajaan Uthmaniyyah. Perjalanan sejarah dan pencapaian tamadun Islam yang cemerlang dan panjang ini terus diwarisi oleh umat Islam pada hari ini dengan pelbagai adunan disiplin dan pengajian ilmu turath meliputi bidang syariah, usuluddin, sejarah, tamadun Islam dan sebagainya. Kelangsungan pengajian ilmu turath pada zaman moden ini pastinya tidak dapat menafikan kerelevanan dan keutuhan peranan institusi pondok yang terus berkembang di negara ini.

Sejarah telah mencatatkan bahawa institusi pondok telah berjaya melahirkan begitu ramai tokoh dan para cendekiawan Islam. Sebagai institusi pendidikan Islam tertua di rantau ini, institusi pondok muncul dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman. Meskipun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan dalam mendepani arus pemodenan, institusi pondok terus kekal utuh sebagai salah sebuah gedung ilmu Islam sehingga ada yang telah berkembang menjadi institusi pendidikan pondok moden.

Menurut Dr. Luqman bin Abdullah, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, institusi pendidikan pondok ini sebenarnya telah membentuk nilai-nilai keintelektualan dalam masyarakat Melayu di peringkat awal sehingalah secara evolusinya nilai-nilai moden dan baharu mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan Islam secara lebih kemas dan tersusun. Ciri pengajian yang bersifat asas kepada ilmu Islam (pengajian turath) menjadikan pengajian ini sebagai satu keperluan dalam disiplin ilmu Islam dan membentuk satu bentuk pengajian tradisi yang mesti dilalui oleh mereka yang ingin mendalami ilmu-ilmu Islam.

Justeru, bagi melihat dengan lebih dekat perkembangan institusi-institusi pondok di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah institusi pondok di Negeri Perak pada 15 dan 16 Ogos 2016. Antara institusi pondok yang dilawati ialah Pondok Pengajian Al-Aminin Tapah, Pusat Pendidikan Al-Barakah Manjoi, Pondok Pakat Kuala Kangsar dan Pusat Pengajian Umumi Al-Hidayah Parit Buntar. Kesemua institusi pondok ini juga adalah antara penerima bantuan peruntukan RM25 juta Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015, daripada keseluruhan 119 buah pondok yang telah menerima peruntukan tersebut untuk membangun dan menyelenggara fasiliti serta prasarana institusi tersebut.

Secara keseluruhannya, lawatan ini membolehkan Jakim dan JAIPk mengenalpasti dan mengetahui perkembangan institusi pondok dari semasa ke semasa khususnya dalam aspek pengurusan, pentadbiran, kurikulum, kelayakan tenaga pengajar dan prasarana yang disediakan.

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.48.14 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.46.59 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.47.00 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.48.13 AM

Pondok Pengajian Umumi Al-Hidayah Parit Buntar Perak

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.34.29 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.34.30 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.36.05 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.35.20 AM

PONDOK AL-MANSUR (PAKAT) KUALA KANGSAR PERAK

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.20.18 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.20.17 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.20.21 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.23.37 AM

PONDOK AL-BARAKAH MANJOI PERAK

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.15.45 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.15.44 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.15.52 AM

 

WhatsApp Image 2016 08 17 at 8.15.40 AM

PONDOK AL- AMININ TAPAH

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11163133