Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Zon Timur pada 6 hingga 9 September 2016 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort,Kelantan.

Antara Objekti kursus ini ialah:

  1. memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang pengendalian rekod dan laporan kewangan ;
  2. meningkatkan tahap profesionalisme peserta dalam mempelajari ilmu pengurusan acara, etika dan protokol majlis rasmi dan tidak rasmi ;
  3. memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang peningkatan kualiti pengurusan berkaitan fail dan rekod ;
  4. memantapkan pemahaman peserta terhadap penyediaan surat rasmi yang betul dan berkesan ;
  5. meningkatkan tahap profesionalisme peserta selaras dengan bidang tugas berdasarkan pekeliling dan peraturan semasa ;
  6. dan memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang tatacara pengendalian dan pengacaraan majlis rasmi/tidak rasmi

Kursus ini telah diisi dengan beberapa slot menarik. Antaranya adalah Etika dan dan Protokol Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi, Pengurusan Sistem Fail dan Rekod, Asas Penulisan dan Penyediaan Surat Rasmi oleh Encik Mazri bin Mamat dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tatacara Pengendalian Rekod dan Laporan Kewangan oleh Encik Azro bin Ariffin dari Bahagian Kewangan, JAKIM dan Tatacara Pengendalian dan Pengacaraan Majlis oleh Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM melalui wakilnya iaitu Ustazah Siti Rahmaniah binti Bachok, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM.

 

profesionalisme1

 

profesionalisme4

 

profesionalisme2

 

profesionalisme3

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12071405