Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:18 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

“dualisme dalam sistem pendidikan di Malaysia termasuk peminggiran terhadap sistem pendidikan agama Islam yang dilaksana di negeri-negeri perlu diselaraskan dan dimuktamadkan”

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pendidikan Agama Islam pada 22 November 2016 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Khas, Menara Parlimen.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B); Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid; Menteri Pendidikan Malaysia dan YB Dato' Seri Idris Jusoh; Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Hj Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu jam ini, sebanyak empat (4) kertas cadangan dan satu (1) kertas makluman telah dibentangkan iaitu; Kajian Semula Kursus Khas Ujian Kelayakan Bahasa Arab (UKBA) Untuk Ke Universiti di Timur Tengah, Cadangan Peluasan Syarat Kemasukan Murid Cemerlang UPSR Daripada Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di negeri-negeri untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Cadangan Kelulusan Khas Kepada Pemegang Ijazah Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra Mesir Lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong Kelantan Sebagai Ijazah Pertama Pengajian Tahfiz, Semakan Semula Syarat Minimum A- Bahasa Arab Untuk Memasuki Universiti Awam Di Jordan dan makluman Usaha Penambahbaikan Perkhidmatan Guru dan Penyelia Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Beberapa isu telah dibincang dan diputuskan berkaitan pendidikan agama Islam khususnya yang melibatkan para pelajar daripada sekolah agama di negeri-negeri dan penyelarasan akan dilakukan supaya masalah-masalah pendidikan agama Islam yang berbangkit dapat menemui jalan penyelesaiannya.

Berita ini juga boleh dilihat melalui link  http://www.bharian.com.my/node/215609?m=1

 

jkt1

 

jkt2

 

jkt3

 

jkt4

 

jkt5

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11567096