Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

PERSIDANGAN IMAM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dengan kerjasama Masjid Negara telah mengadakan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 pada 28 hingga 29 November 2016 di Hotel The Everly Putrajaya. Seramai 120 orang imam yang terdiri daripada Imam Besar Masjid Negeri dan Imam-Imam Masjid Daerah seluruh Malaysia.

Antara slot sepanjang persidangan ini :

  1. Ahli Sunnah Wal Jamaah : Prinsip & Dasar Serta Ancaman Terhadapnya

              Oleh : Us Aizam bin Masod

              Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM

  1. Ancaman Pertubuhan Yang Menggunakan Nama Islam

             Oleh: Ustaz Najimudin bin Abdul Karim

             Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM      

  1. Isu Semasa Negara

             Dato’ Haji Shahlan bin Ismail

             Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri

  1. Forum Bicara Masjid:

             Moderator : Ustaz Mohd Redha bin Ahmad       

             Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

             Panel 1 : Datuk Haji Jamal bin Tun Haji Sakaran      

             Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

             Panel 2 : Datuk Haji Abd Manaf bin Mat

             Imam Besar Masjid Putra

             Panel 3 : Ustaz Farhan bin Wijaya

             Imam Besar Masjid Shah Alam

Persidangan ini dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom ( B ), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam persidangan ini ialah Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM serta Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM. Dalam ucapan YB Menteri, beliau beliau menegaskan bahawa pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dalam memperjuangkan hak imam sebagai pemimpin masyarakat. Seterusnya menyeru agar para imam sentiasa komitmen dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam membantu kerajaan memperkasakan institusi masjid dan umat Islam di negara ini. Para imam juga diminta agar dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat khususnya perkara-perkara yang berkaitan isu-isu semasa media baharu dan dasar-dasar kerajaan.

Sebanyak 5 resolusi telah dibentangkan hasil daripada persidangan tersebut :

  1. Ancaman terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia amat membimbangkan. Selain itu, wujud juga pertubuhan yang menggunakan nama Islam yang mengancam keselamatan dan keamanan negara. Ancaman-ancaman ini perlu ditangani segera bagi mengelakkan penularan ke akar umbi yang lebih parah. Justeru, program kursus Training of Trainers (TOT) mesti dilaksanakan bagi melatih para imam yang berpotensi untuk menjadi penyampai maklumat yang berkesan dalam kalangan masyarakat setempat di tempat masing-masing.
  1. Pelbagai isu semasa Negara menjadi polemik yang seringkali dibincangkan di bibir rakyat Malaysia dan ia tersebar dengan pantas melalui saluran media massa khususnya media sosial. Bagi memastikan penjelasan yang konkrit bagi setiap isu-isu tersebut dapat disampaikan kepada rakyat dengan pantas dan tepat, masjid-masjid di setiap negeri perlu mempunyai pegawai perhubungan atau pasukan yang mempunyai hubungan dengan pasukan di Pusat Komunikasi Strategik Islam (Islamic Communication Strategic Centre-ICOMS) yang ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menangkis isu-isu semasa media baharu.
  1. Pengajian aqidah Islamiyah yang merupakan tunjang agama perlu diberi penekanan di setiap masjid supaya sentiasa ada pemantapan iman yang subur di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, penjelasan secara berkala berkaitan fahaman pelampau agama yang terkini dan kesan buruknya kepada umat Islam perlu diberikan kepada masyarakat Islam melalui institusi masjid dengan lebih kerap.
  1. Memperkasakan fungsi masjid daripada aspek ekonomi dan pendidikan agar dapat berperanan sebagai One Stop Centre yang berkesan sebagaimana fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW.
  1. Memantapkan tadbir urus masjid dan meningkatkan tahap profesionalisme serta kualiti imam melalui modul latihan yang lebih holistik dan dinamik, termasuk melaksanakan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di masjid-masjid.

 

pimam 8 e

 

pimam 7

 

pimam4

 

pimam5

 

 pimam1

 

pimam2

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11149286