Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:03 Zohor : 13:14 Asar : 16:30 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

“Mesej yang ingin saya sampaikan pada tahun 2017 ini adalah jadikan tahun 2017 sebagai tahun “year of delivery” iaitu kita mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah kita tentukan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara. Ini harus dijadikan sebagai bidang keutamaan dan fokus kita pada tahun ini, iaitu “delivery,delivery,delivery”.....

 

Petikan ucapan YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, di Majlis Perhimpunan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM pada 9 Januari 2017.

 

Rabu 15 Februari, 2017 - Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2017 sebagai tahun delivery, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyahut seruan ini dan terus bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan kaedah semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2016 melalui kaedah online dan sms. Mekanisme semakan baru ini lebih praktikal dan cepat serta memastikan Jakim dapat memberikan perkhidmatan penyampaian yang terbaik kepada masyarakat.

 

Majlis Pelancaran Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2016 Secara Online & SMS telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin. Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri sejurus mengumumkan Analisa Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2016 pada 15 Februari 2017. Majlis turut dihadiri oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

 

Pada tahun 2016, seramai 197,623 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPKK dan 194,258 telah menduduki peperiksaan tersebut. Pencapaian murid KAFA dalam UPKK Tahun 2016 mencatatkan kelulusan 100% dengan jumlah calon yang memperoleh A bagi semua mata pelajaran turut meningkat kepada 46,461 orang.

 

Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatatkan kadar lulus yang tertinggi iaitu 99.9%, diikuti mata pelajaran Al-Qur'an yang mencapai 99.6% kelulusan. Pencapaian ini sekaligus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Qur'an dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Pencapaian ini juga memberi makna yang besar kepada keberkesanan program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain yang telah berjalan selama 26 tahun di negara ini.

 

UPKK2

 

UPKK1

 

upkk5

 

upkk6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 April 2017.
Jumlah Pelawat :10742765