Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Pendidikan Islam yang menepati kehendak arus pendidikan perdana akan membina sahsiah dan kemenjadian murid berkualiti umumnya dan kepada murid KAFA khasnya. Menurut Ruzlan (2017) kemenjadian murid bermaksud kejayaan seseorang guru dalam mendidik muridnya menyebabkan muridnya dapat menguasai apa yang telah diajar, bukan sahaja dari segi nilai pendidikan bahkan nilai-nilai moral yang menjadikan murid itu sempurna. Bertepatan dengan saranan ini, guru KAFA merupakan antara golongan yang berperanan penting dalam masyarakat Islam sebagai modus menyampaikan ilmu khususnya pembelajaran al-Quran dan Fardhu Ain. Justeru itu, bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan, JAKIM melalui Bahagian Kemajuan Islam telah melaksanakan Latihan Profesionalisme Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) - Kursus Guru Cemelang siri 4 pada 20 - 23 Mac 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Pada kali ini, latihan kemahiran PdP melibatkan guru KAFA daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

 

Sepanjang 4 hari 3 malam latihan ini berlangsung, pelbagai teknik dan kemahiran telah disampaikan oleh pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi kepada guru KAFA antaranya peranan guru dalam pengurusan bilik darjah, pengurusan sumber dalam PdP, pedagogi pendidikan islam, pembinaan rancangan pengajaran harian rph dan amali pengajaran makro. Selain itu, teknik-teknik penerapan nilai Islam di dalam pengajaran turut diterapkan kepada guru KAFA. Pelaksanaan latihan ini diharap dapat membantu merealisaikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam konteks membentuk insan seimbang dan harmonis.

 

Rujukan : Ruzlan Mohd Yusof. 2017. Kepentingan Kemenjadian Murid, Negeri Sembilan. Temubual, 11 Mac.

lpkafa1

 

lpkafa2

 

lpkafa3

 

lpkafa4

 

lpkafa5

 

lpkafa6

 

lpkafa8

 

lpkafa9

 

lpkafa12

 

lpkafa13

 

lpkafa11




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11163136