Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perak Tahun 2017 pada 30 Mac 2017 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Program ini diadakan bertujuan memberi penjelasan tentang hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan Islam dan isu-isu semasa dalam negara, di samping pertemuan antara para murabbi ummah dengan pihak kerajaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di kalangan masyarakat Islam.

Program ini telah menghimpunkan peserta seramai 2000 orang murabbi ummah yang terdiri daripada para imam, guru KAFA, guru takmir, guru tahfiz, guru pondok, guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dari seluruh negeri Perak.

Multaqa tersebut telah dimulakan dengan slot ceramah bertajuk “Martabatkan Agenda Islam Negara" yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis perasmian multaqa dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya ucapan perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Dalam majlis perasmian berkenaan, dua Mock Cheque Peruntukan Kerajaan Persekutuan telah disampaikan kepada kerajaan negeri Perak iaitu ‘Bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Bagi Negeri Perak Tahun 2017’ berjumlah RM55,370,880.00 serta ‘Bayaran Imbuhan Kepada Bilal dan Siak Bagi Negeri Perak Tahun 2017’ berjumlah RM1,475,000.00. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YB Dato’ Hj Ghazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Hj Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

 

1LW 0277

 

mmuperak21

 

1LW 0209

 

1LW 0126

 

mmuperak22




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11564752