Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:18 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

 1 April 2017 ( Sabtu )Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Nadwah Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perlis 2017 bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Sasaran penyertaan terdiri daripada Jawatankuasa Masjid, Guru takmir dan Guru KAFA Negeri Perlis seramai 8oo orang. Turut kelihatan wakil dari pengurusan Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengah Agama Rakyat di negeri ini.

Di dalam program tersebut, para peserta telah diberikan dua sesi pembentangan yang menarik. Sesi pembentangan pertama telah dijayakan oleh YBhg. Ustaz Mohd Aizam Bin Mas’od, Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM. Tajuk pembentangan beliau ialah “ Isu-Isu Terkini Dalam Propaganda Syiah Terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah : Analisis dan Jawapan “. Manakala sesi pembentangan kedua pula telah dijayakankan oleh YBhg. Ustaz Hj. Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM. Tajuk pembentangan yang disampaikan ialah “ Hubungan Strategik Antara Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Perlis Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam “.

Pada jam 11.30 pagi, Ucaptama Nadwah telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Tuan Haji Khairi Bin Hassan, AMMK Hal Ehwal Islam Dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Perlis.

Bersempena program ini juga, 2 mock cheque telah disampaikan yang meliputi peruntukan Kerajaan Persekutuan dan 1 mock cheque daripada Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis  :

i ).        Bayaran imbuhan Imam, elaun guru KAFA dan Guru Takmir bagi Negeri Perlis Tahun 2017 sebanyak RM 9, 871, 800.00.

ii).        Bayaran secara one off kepada Bilal dan Siak Masjid Negeri Perlis Tahun 2017 sebanyak RM 183, 500.00.

iii).       Bayaran secara one off kepada Penjaga Kawasan Masjid Negeri Perlis Tahun 2017 sebanyak RM 46, 500.00.

(Peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perlis dan MAIPs)

Kerajaan Negeri Perlis juga turut meraikan lapan orang penerima Anugerah Murabbi Ummah Negeri Perlis sebagai langkah mengiktiraf peranan dan jasa mereka selama ini agar terus giat berkhidmat di Negeri Perlis.

Turut hadir di dalam program ini YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan Dr Haji Hazman Bin Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta kader JAKIM dari seluruh negeri ini.

 

mmuperlis9

 

mmuperlis2

 

mmuperlis3

 

mmuperlis7

 

mmuperlis11

 

mmuperlis12




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11567107