Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

Bahagian Kemajuan  Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM)  dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah  dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Multaqa’ Murabbi Ummah bertempat di Dewan Saadah, Kompleks  Majlis Ugama Islam Sabah pada 16 Mei 2017. Program ini telah dihadiri oleh 1200 orang yang melibatkan Imam, Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir, Guru KAFA, Guru SMAN,  Guru Sekolah Tahfiz dan Pegawai Kader JAKIM dari seluruh Negeri  Sabah.

 

 

Multaqa ini dimulakan dengan 2 slot ceramah:

Sesi ceramah 1 :       Peranan Murabbi Dalam Mendidik Ummah

                    YBhg SS Datu Haji Kipli bin Haji Yassin

                    Mufti Negeri Sarawak

Sesi ceramah 2 :      Fiqh Sabahi Dalam Menangani Khilafiah Umat Islam di Sabah

                   YBhg SS Datuk Haji Bungsu@ Aziz bin Haji Jaafar

 

Majlis perasmian multaqa dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar.

 

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, En Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Pegawai-Pegawai Kanan JAKIM,  Pegawai-Pegawai  Kanan JHEAINS dan Pegawai-Pegawai Kanan MUIS.

 

Dalam majlis tersebut, Kerajaan Persekutuan telah menyampaikan replika cek kepada kerajaan negeri Sabah bagi bayaran imbuhan imam, elaun guru takmir dan guru KAFA sebanyak RM 47,004,000.00.  Pihak Kerajaan Persekutuan turut menyampaikan peruntukkan one-off untuk  bilal dan siak sebanyak 354,000.00.
 
mus1 6
 
 
mus1 1
 
 
mus1 2
 
 
mus1 7
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832132