WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kota Kinabalu, Sabah, 15-16 Oktober 2017 - Seramai kira-kira 200 orang Pegawai Penguatkuasa Agama (termasuk Pegawai yang diberi kuasa) dan Pendakwa Syarie  seluruh Malaysia telah berhimpun di TH Hotel Kota Kinabalu Sabah bagi menghadiri Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2017. Konvensyen yang merupakan program tahunan anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dilaksanakan sebagai satu forum untuk membincangkan isu-isu dan permasalahan semasa yang berkaitan dengan perundangan Syariah khususnya dalam bidang penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah. Bertemakan “Menangkis Penghinaan Terhadap Islam : Suatu Tindakan Holistik”, Konvensyen ini mengupas isu-isu semasa dalam bidang perundangan syariah oleh pakar perundangan dan tokoh ilmuan yang berpengalaman. Setiap isu yang dibicarakan dapat dirungkaikan seterusnya menjadi penanda aras kepada gerak kerja Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Syariah dalam melaksanakan  tugas dan tanggungjawab di negeri masing-masing.

         

        Sebanyak lima pembentangan kertas kerja disampaikan oleh pakar perundangan dan mereka yang arif dalam bidang masing-masing seperti berikut :

 

i. Kedaulatan Islam Di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu

    Oleh : YBhg. Dato’ Prof. Hj. Mahamad  Naser bin Disa

                    Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM

 

ii. Penghinaan Terhadap Islam : Aplikasi Undang-Undang Sedia Ada
     Oleh : YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz
                   Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM
 
 
iii. Peranan Serta Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)                Dalam  Menangani Isu Kesalahan Jenayah Penghinaan Islam di Alam Siber Serta Syor        Penambahbaikan Yang Berkaitan
          Oleh : YBhg. Dr. Mazlan bin Ismail
               Ketua Pegawai Operasi SKMM
 
 
iv. Cabaran dan Solusi Pelaksanaan Penguatkuasaan Syariah Terhadap Jenayah Menghina       Islam : Pengalaman di Wilayah Persekutuan    
     Oleh : YBhg. Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad                                   
                          Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak
 
 
v. Elemen-Elemen Pendakwaan Kes-Kes Jenayah Penghinaan Terhadap Islam
    Oleh : YA Tuan Abdul Razak bin Mat Nayan
              Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan

 

  Ucaptama Konvensyen bertajuk Manhaj Sabahi : Pendekatan Dakwah Dalam Perundangan Syariah telah disampaikan oleh YBhg. SS. Datuk Haji Bongsu @ Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Majlis Penutup Konvensyen pula telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya beliau menyeru semua pihak agar dapat berkolaborasi dalam menangani unsur-unsur jenayah menghina Islam sama ada di alam nyata mahupun di alam siber. Beliau juga mengharapkan konvensyen ini akan merumuskan hasil yang boleh melonjakkan semangat, idea dan pandangan-pandangan yang dapat dijadikan pemacu kecemerlangan sistem perundangan syariah di Malaysia. Dalam majlis yang sama, YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut  meluangkan masa menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Program Sangkutan Pendakwa Syarie  di Jabatan Peguam Negara/Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Seluruh Malaysia bagi tahun 2016.

 

konvensyen sabah 1

 

konvensyen sabah 2

 

konvensyen sabah 3

 

konvensyen sabah 4

 

konvensyen sabah 5

 

konvensyen sabah 6

 

konvensyen sabah 7

 

konvensyen sabah 8

 

konvensyen sabah 9

 

konvensyen sabah 10

 

konvensyen sabah 11




QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 31 Disember 2020.
Jumlah Pelawat :12488088